KBQS adalah projek perintis (berjadual & jangka panjang) Biro Dakwah Surau AsSalam; dan perlu diurus dan ditadbir dalam environmen amat terhad: ruang, masa, tenaga & bajet.
- ruang - ruang utama surau untuk kelas Qiraati; ruang luar/tepi surau (7' x 20') untuk kelas alQuran@kelas alHusna
- masa - antara solat maghrib & solat isya; dan selepas solat isya' hingga 10:30malam
- tenaga - sambilan; untuk bimbingan Qiraati (1), dan alQuran (1) dan juga pengurusan/penyelarasan program
- bajet - tabung dalaman, yuran & sumbangan individu
Kelemahan2 adalah relatif banyak (dalam jangkaan & diluar jangkaan); tetapi faktor2 diatas tidak boleh dijadikan sebab utama semata-mata. Yang pasti ia satu proses pembelajaran. Kelemahan2 ini akan cuba diatasi dalam sesi baru (2010/H1431) sebaik yang mungkin. InsyaAllah. Boleh kami katakan 2 faktor utama merupakan tunggak/kekuatan kepada program ini (dengan tidak lupa sokongan mantap ajk surau)
- sokongan yang tidak luntur & berterusan dari ibu/bapa/penjaga
- kerjasama, semangat & tahap komitmen yang tinggi pelajar2 sendiri
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.