Fasa terakhir peraturan, kod & etika KBQS ialah perlaksanaan Kod Etika Moral, drafnya sepertimana dibentangkan dalam Majlis Bersama Ibu/Bapa/Penjaga Dengan KBQS, dan disahkan oleh mesyuarat j/kuasa induk Surau asSalam. Surat pekeliling kepada ibu/bapa/penjaga pelajar2 KBQS (24 mei 2009) diedar secara rasmi untuk makluman & kerjasama.
Tanggungjawab dan tugas diserahkan kepada Penyelaras KBQS. Bagi membantu urusan pemantauan, ketua2 pelajar (ketua, naib ketua & ketua grup) diberi tugas dan mandat memantau / melapur aktiviti pelajar2 , khusus di waktu maghrib & isya'. Dalam mesyuarat bulanan Ketua2 Pelajar (mei 2009) taklimat / penerangan terperinci diberikan oleh Penyelaras KBQS; meliputi takrif/makna apa yang disebut dalam 5 Rule Kod Etika Moral, dan tugas mereka (bidang & had) dalam kerja2 pemantauan. Mereka diberi raung masa mencukupi untuk bersoaljawab dengan Penyelaras KBQS.
Kod Etika Moral
- Rule 1
- elak dari terlibat dengan sebarang aktiviti tidak bermoral
- elak dari terlibat dengan sebarang aktiviti tidak bermoral
- Rule 2
- elak dari berkumpul di luar rumah waktu solat maghrib & isya' (kecuali di surau)
- elak dari berkumpul di luar rumah waktu solat maghrib & isya' (kecuali di surau)
- Rule 3
- tidak dibenar bergaduh
- Rule 4
- tidak dibenar mencaci / mengata pelajar lain
- Rule 5
tidak dibenar mengguna sebarang nama gelaran tidak disukai pelajar lain
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.