6harakat abuDawud adHOC ahlusunnah aidilFitri akhlak aktivitiMingguan alBaqarah alFalaq alFatihah aliImran alIkhlas alMulk alMunafiqun alQuran anNas aqidah artikel ayatalQuran ayatKursi bacaan bacaanshalawat bahagi bahasa bantuan bantuanKomputer barisATAS barisBAWAH barisDEPAN barisDUA barisduaATAS barisduaBAWAH barisduaDEPAN belajarTAJWID beritaKBQS bida'ah tahunMasehi bidayatulHidayah bimbingan.alQuran bimbinganAkademik binaAyat blogHarian bukhariMuslim bundarkanNombor cari.pilih.tanda catatanHarian cenderaHati cerakinNombor commitmentndedication contoh cutiRehat daftarBaru daftarSemula dalamMemori darab data dedicationndetermination doa doaSelamat doktrin dresscode dzikir eEnglish eEnglishT4 eJAWI ezMaths ezMathsT2 ezMathsT4 ezMathsT6 fahaman faisalchoir fardhu'Ain fardhuKifayah fathah fatwa fidyah firmanAllah ghuluw hadith hamzahWASAL haram hariAsyura hijrah hindu holiFestival homeWorks hujungMinggu hukmIdgham hukmIkhfa' hukmIqlab hukmIzhar hukum hukumIDGHAM hukumIkhfa' hukumIKHFA'' hukumIkhfa'Haqiqi hukumIQLAB hukumIZHAR hurufArab hurufHalqi hurufHIJAIYAH hurufIdgham hurufLinak hurufMad hurufQOLQOLAH hurufSukun i.love.english ibadah ibnKatheer ibnTaymiyah ibubapa ibubapaPelajar idghamBilaGhunnah idghamMaalGhunnah ilmuTajwid imageReporting imageUpdate imamBaihaqi imamNawawi imamTarmizi imejFoto iqra'nquran isipaduCecair islam islamqa jamuan kadNombor kasrah kataKerja kbqs2012 kbqs2014 kbqs2015 kbqs2016 kbqssp kelasTajwid kemaskini kemaskiniData kembaliMengaji keputusan kerajaan kesesatan khatamIqra' khatamQuran kiboid kitab.rujukan kkiniImej kkiniInfo klipVideo koleksiFoto kronologiEven kubus latihan latihanIndividu liveSTREAMING logo.kbqs madAsli madJaizMunfasil madLazimHarfi madLazimKalimiMuthaqqal madWajibMuttasil majmukFatwa makkah mariMengaji maringaji matLazimKalimiMukhaffaf menjawikanPerkataan misharyAlAfasy modul.latihan moralsupport murtadeen muslim mut'ah myjawi mytajwid mytajwid.nota myVocab ngajiBalik nilaiAngka nilaiTempat nomborBulat numberGame nurin.aisyah nuzulQuran oum pangsapuriDamai pecahan pelajar.alQuran pelajaran1 pelajaran2 pelajarBaru pelajarBerhenti pelajarCemerlang pelajarLelaki pelajarPerempuan pengenalanKomputer pentagon penyelidikan perayaan poligon prisma puasa rafidi ramadhan ramadhan1433H rasmUTHMANI rasulALLAH readingPractice rehatMinda rekod&data risalahILMU RSIS rukunsolat salaf salafi salamPerpisahan samudera.ilmu saujanaPutra sayonara segi3 segi4 sejarah sejarah.islam selamatDATANG selamatTinggal selesaiMasalah senaraiPelajar sesi.ke6 sesi2015 sesi2016 sesiADHOC sesimlm sesiptg setData sholat sirah.nabawiyah sistem soaljawab solat solat'Asar solatDzohor solatFardhu solatIsya' solatMaghrib solatNawafil solatSubuh solatTahajud sukun sunnah surahQuran surauasSalam syiah tadarusalQuran tahap3 tahunbaru takbir tandaSabdu tandaSyaddah tanwin tarmizi tasbih tasmid tasyahud tazkirah thefaces thelist tulisan ucapan ujian ukuran.panjang ulangkaji untukrenungan wahhabi wahyualQuran wirid youTUBE zakat

Wednesday, January 20, 2010

AD HOC IMBAS KEMBALI - SESI 2009 / H1430:v04

20 DISEMBER 2009 BERSAMAAN 3 MUHARRAM H1431
- BENGKEL SOLAT UNTUK REMAJA
Sempena cuti akhir tahun sekolah sesi 2009, Biro Dakwah Surau asSalam telah menganjurkan program satu hari Bengkel Solat Untuk Remaja pada 20 Disember 2009, bersamaan 3 Muharram H1431, bertempat diDarul Quran & diSurau asSalam. Ini adalah kontinuiti kepada Program Sehari Wudhu' & Solat:Teori & Praktikal, yang telah diadakan pada awal tahun 2009.

Seramai 25 pelajar@remaja berumur di antara 10 dan 15 tahun telah mengikuti program, termasuk 5 pelajar bukan dari KBQS.

Ustaz Ismail Che Amat, Mudir Darul Quran telah dijemput untuk menjadi pembimbing utama. Beliau telah dibantu oleh 3 fasilitator lelaki dan 2 fasilitator muslimat didalam sesi praktikal & bengkel. Bagi memudahkan pembelajaran persembahan powerpoint telah digunakan untuk sesi pelajaran teori. Risalah dan nota2 juga diedarkan kepada pelajar2.

Program telah dijalankan dalam 2 sesi.
Sesi pagi (9.00pagi - 12.30t/hari) telah diadakan dalam dewan utama Darul Quran; merupakan pelajaran (teori) dalam kelas. Antara subjek yang diajar / dibincang ialah:
  • jenis air
  • klasifikasi najis
  • fardhu wudhu'
  • sunat wudhu'
  • syarat sah wudhu'
  • perkara2 yang membatalkan wudhu'
  • rukun solat
  • syarat wajub solat
  • syarat sah solat
  • perkara2 yang membatalkan solat
Sesi petang (2.30ptg - 5.30ptg) telah diadakan di Surau asSalam. Sesi praktikal / bengkel meliputi mengambil wudhu' oleh setiap pelajar dan solat secara berkumpulan.
Pelajar2 telah digrupkan kepada 5 kumpulan; 3 grup lelaki dan 2 grup perempuan, setiap grup dibimbing oleh seorang fasilitator. Walaupun panduan umum bidang tugas dan tanggungjawab telah diberikan kepada fasilitator, namun mereka diberi kebebasan penuh caramana untuk memantau dan membantu pelajar2 semasa mengambil wudhu' dan mengerjakan praktikal solat.

Semasa solat Zohor dan Asar, pelajar2 telah bersama-sama jemaah menunaikan solat Tidak lupa, pelajar2 telah disediakan dengan minuman pagi (pendaftaran), minuman masa rehat (10.30pagi), makan tengahari, minuman petang. Diakhir program, pelajar telah diberi Sijil Penyertaan, sebagai tanda kenangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.