6harakat abuDawud adHOC ahlusunnah aidilFitri akhlak aktivitiMingguan alBaqarah alFalaq alFatihah aliImran alIkhlas alMulk alMunafiqun alQuran anNas aqidah artikel ayatalQuran ayatKursi bacaan bacaanshalawat bahagi bahasa bantuan bantuanKomputer barisATAS barisBAWAH barisDEPAN barisDUA barisduaATAS barisduaBAWAH barisduaDEPAN belajarTAJWID beritaKBQS bida'ah tahunMasehi bidayatulHidayah bimbingan.alQuran bimbinganAkademik binaAyat blogHarian bukhariMuslim bundarkanNombor cari.pilih.tanda catatanHarian cenderaHati cerakinNombor commitmentndedication contoh cutiRehat daftarBaru daftarSemula dalamMemori darab data dedicationndetermination doa doaSelamat doktrin dresscode dzikir eEnglish eEnglishT4 eJAWI ezMaths ezMathsT2 ezMathsT4 ezMathsT6 fahaman faisalchoir fardhu'Ain fardhuKifayah fathah fatwa fidyah firmanAllah ghuluw hadith hamzahWASAL haram hariAsyura hijrah hindu holiFestival homeWorks hujungMinggu hukmIdgham hukmIkhfa' hukmIqlab hukmIzhar hukum hukumIDGHAM hukumIkhfa' hukumIKHFA'' hukumIkhfa'Haqiqi hukumIQLAB hukumIZHAR hurufArab hurufHalqi hurufHIJAIYAH hurufIdgham hurufLinak hurufMad hurufQOLQOLAH hurufSukun i.love.english ibadah ibnKatheer ibnTaymiyah ibubapa ibubapaPelajar idghamBilaGhunnah idghamMaalGhunnah ilmuTajwid imageReporting imageUpdate imamBaihaqi imamNawawi imamTarmizi imejFoto iqra'nquran isipaduCecair islam islamqa jamuan kadNombor kasrah kataKerja kbqs2012 kbqs2014 kbqs2015 kbqs2016 kbqssp kelasTajwid kemaskini kemaskiniData kembaliMengaji keputusan kerajaan kesesatan khatamIqra' khatamQuran kiboid kitab.rujukan kkiniImej kkiniInfo klipVideo koleksiFoto kronologiEven kubus latihan latihanIndividu liveSTREAMING logo.kbqs madAsli madJaizMunfasil madLazimHarfi madLazimKalimiMuthaqqal madWajibMuttasil majmukFatwa makkah mariMengaji maringaji matLazimKalimiMukhaffaf menjawikanPerkataan misharyAlAfasy modul.latihan moralsupport murtadeen muslim mut'ah myjawi mytajwid mytajwid.nota myVocab ngajiBalik nilaiAngka nilaiTempat nomborBulat numberGame nurin.aisyah nuzulQuran oum pangsapuriDamai pecahan pelajar.alQuran pelajaran1 pelajaran2 pelajarBaru pelajarBerhenti pelajarCemerlang pelajarLelaki pelajarPerempuan pengenalanKomputer pentagon penyelidikan perayaan poligon prisma puasa rafidi ramadhan ramadhan1433H rasmUTHMANI rasulALLAH readingPractice rehatMinda rekod&data risalahILMU RSIS rukunsolat salaf salafi salamPerpisahan samudera.ilmu saujanaPutra sayonara segi3 segi4 sejarah sejarah.islam selamatDATANG selamatTinggal selesaiMasalah senaraiPelajar sesi.ke6 sesi2015 sesi2016 sesiADHOC sesimlm sesiptg setData sholat sirah.nabawiyah sistem soaljawab solat solat'Asar solatDzohor solatFardhu solatIsya' solatMaghrib solatNawafil solatSubuh solatTahajud sukun sunnah surahQuran surauasSalam syiah tadarusalQuran tahap3 tahunbaru takbir tandaSabdu tandaSyaddah tanwin tarmizi tasbih tasmid tasyahud tazkirah thefaces thelist tulisan ucapan ujian ukuran.panjang ulangkaji untukrenungan wahhabi wahyualQuran wirid youTUBE zakat

Friday, January 29, 2010

AL QURAN: KITAB SUCI.1

Al Quran adalah Kitabullah terakhir.

Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi & Rasul akhir zaman. Sebelumnya Allah S.W.T. telah turunkan banyak kitab suci dan suhuf (risalah) kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang tersohor ialah Kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s. Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s. dan Kitab Injil kepada Nabi Isa a.s.
Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. dalam tempoh masa (kurang lebih) 23 tahun; bermula dalam tahun masehi 610 (ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia 40 tahun) dan berkhir dalam tahun masehi 623 (tahun Nabi Muhammad s.a.w. wafat).
Di zaman Rasulullah (semasa Baginda masih hidup) Al Qurun disampaikan secara hafalan dari mulut ke mulut. Setelah Rasulullah wafat, Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a. keluarkan perintah supaya Al Quran ditulis secara tetap, dan disambung oleh Khalifah Omar Al Khattab. r.a. Penulisan Al Quran secara tersusun dilengkapkan oleh Khalifah Uthman ibn Affan r.a. (di zaman pemerintahannya), dan dinamakan Kitab Al Quran Resam Uthmani.
Al Quran mengandungi 30 juzu', 114 surah dan 6349 ayat. Surah pertama ialah Al Fatihah dan surah terakhir An Naas. Nama surah dan bilangan ayat adalah:
  • 1. Al Fatihah; 7 ayat
  • 2. Al Baqarah; 286 ayat
  • 3. Al i Imran; 200 ayat
  • 4. An Nisa'; 176 ayat
  • 5. Al Maidah; 120 ayat
  • 6. Al An'am; 166 ayat
  • 7. Al A'raf; 206 ayat
  • 8. Al Anfal; 75 ayat
  • 9. At Tawbah; 127 ayat
  • 10. Yunus; 109 ayat
  • 11. Hud; 123 ayat
  • 12. Yusuf; 111 ayat
  • 13. Ar Raad; 43 ayat
  • 14. Ibrahim; 52 ayat
  • 15. Al Hijr; 99 ayat
  • 16.An Nahl; 128 ayat
  • 17. Al Isra'; 111 ayat
  • 18. Al Kahfi; 110 ayat
  • 19. Maryam; 98 ayat
  • 20. Ta Ha; 135 ayat
  • 21. Al Anbiya'; 112 ayat
  • 22. Al Hajj; 78 ayat
  • 23. Al Mukminun; 118 ayat
  • 24. An Nur; 64 ayat
  • 25. Al Furqan; 77 ayat
  • 26. Asy Syura; 227
  • 27. An Nami; 93 ayat
  • 28. Al Qasas; 88 ayat
  • 29. Al Ankabut; 69 ayat
  • 30. Ar Run; 60 ayat
  • 31. Luqman; 34 ayat
  • 32. As Sajadah; 30 ayat
  • 33. Al Ahzab; 73 ayat
  • 34. Saba'; 54 ayat
  • 35. Fatir; 45 ayat
  • 36. Ya Siin; 83 ayat
  • 37. Asy Syaaffat; 182 ayat
  • 38. Syaad; 88 ayat
  • 39. Az Zumar; 75 ayat
  • 40. Al Mu'min; 89 ayat
  • 41. Fussilat; 54 ayat
  • 42. Asy Syura; 53 ayat
  • 43. Az Zukhruf; 89 ayat
  • 44. Ad Dukhan; 59 ayat
  • 45. Al Jathiyah; 37 ayat
  • 46. Al Ahqaf; 35 ayat
  • 47. Muhammad; 38 ayat
  • 48. Al Fath; 29 ayat
  • 49. Al Hujarat; 18 ayat
  • 50. Qaaf; 45 ayat
  • 51. Adz Dzariyat; 60 ayat
  • 52. Ath Thur; 49 ayat
  • 53. An Najm; 62 ayat
  • 54. Al Qamar;55 ayat
  • 55. Ar Rahman; 78 ayat
  • 56. Al Waqiah; 96 ayat
  • 57. Al Hadid; 29 ayat
  • 58. Al Mujadilah; 22 ayat
  • 59. Al Hasyr; 24 ayat
  • 60. Al Mumtahinah; 13 ayat
  • 61. As Saaf; 14 ayat
  • 62. Al Jumuah; 11 ayat
  • 63. Al Munafiqoon; 11 ayat
  • 64. At Taghabun; 18 ayat
  • 65. At Thalaq; 12 ayat
  • 66. Al Tahrim; 12 ayat
  • 67. Al Mulk; 30 ayat
  • 68. Al Qalam; 52 ayat
  • 69. Al Haalqqah; 52 ayat
  • 70. Al Ma'arij; 44 ayat
  • 71. Noah; 28 ayat
  • 72. Al Jinn; 28 ayat
  • 73. Al Muzzammil; 20 ayat
  • 74. Al Muddaththir; 56 ayat
  • 75. Al Qiyamah; 40 ayat
  • 76. Al Insan; 31 ayat
  • 77. Al Mursalaat;50 ayat
  • 78. An Naba'; 40 ayat
  • 79. An Naazi'at; 46 ayat
  • 80. Abasa; 42 ayat
  • 81. At Takwir; 29 ayat
  • 82. Al Infithar;19 ayat
  • 83. Al Mutaffifin; 36 ayat
  • 84. Al Insyiqaaq; 25 ayat
  • 85. Al Buruuj; 22 ayat
  • 86. At Thariq; 17 ayat
  • 87. Al 'Ala; 19 ayat
  • 88. Al Ghasyiyah; 26 ayat
  • 89. Al Fajr; 30 ayat
  • 90. Al Balad; 20 ayat
  • 91. Asy Syam; 15 ayat
  • 92. Al Lail; 21 ayat
  • 93. Ad Dhuha; 11 ayat
  • 94. Asy Syarh; 8 ayat
  • 95. At Tin; 8 ayat
  • 96. Al 'Alaq; 19 ayat
  • 97. Al Qadr; 5 ayat
  • 98. Al Bayyinah; 8 ayat
  • 99. Az Zalzala; 8 ayat
  • 100.Al Adiyat; 11 ayat
  • 101.Al Qari'ah; 11 ayat
  • 102.At Takathur; 8 ayat
  • 103.Al Asr; 3 ayat
  • 104.Al Humazah; 9 ayat
  • 105.Al Fil; 5 ayat
  • 106.Quraysy; 4 ayat
  • 107.Al Ma'un; 7 ayat
  • 108.Al Kawthar; 3 ayat
  • 109.Al Kafirun; 6 ayat
  • 110.An Nasr; 3 ayat
  • 111.Al Lahaab; 5 ayat
  • 112.Al Ikhlas; 4 ayat
  • 113.Al Falaq; 5 ayat
  • 114.An Naas; 6 ayat

Friday, January 22, 2010

KBQS - PERATURAN.KOD.ETIKA (bah.3)

Fasa terakhir peraturan, kod & etika KBQS ialah perlaksanaan Kod Etika Moral, drafnya sepertimana dibentangkan dalam Majlis Bersama Ibu/Bapa/Penjaga Dengan KBQS, dan disahkan oleh mesyuarat j/kuasa induk Surau asSalam. Surat pekeliling kepada ibu/bapa/penjaga pelajar2 KBQS (24 mei 2009) diedar secara rasmi untuk makluman & kerjasama.

Tanggungjawab dan tugas diserahkan kepada Penyelaras KBQS. Bagi membantu urusan pemantauan, ketua2 pelajar (ketua, naib ketua & ketua grup) diberi tugas dan mandat memantau / melapur aktiviti pelajar2 , khusus di waktu maghrib & isya'. Dalam mesyuarat bulanan Ketua2 Pelajar (mei 2009) taklimat / penerangan  terperinci diberikan oleh Penyelaras KBQS; meliputi takrif/makna apa yang disebut dalam 5 Rule Kod Etika Moral, dan tugas mereka (bidang & had) dalam kerja2 pemantauan. Mereka diberi raung masa mencukupi untuk bersoaljawab dengan Penyelaras KBQS.


Kod Etika Moral
  • Rule 1
    • elak dari terlibat dengan sebarang aktiviti tidak bermoral

  • Rule 2
    • elak dari berkumpul di luar rumah waktu solat maghrib & isya' (kecuali di surau)


  • Rule 3
    • tidak dibenar bergaduh


  • Rule 4
    • tidak dibenar mencaci / mengata pelajar lain

  • Rule 5

    • tidak dibenar mengguna sebarang nama gelaran tidak disukai pelajar lain


Thursday, January 21, 2010

KBQS - PERATURAN.KOD.ETIKA (bah.2)


Kod Etika Pakaian Pelajar Laki2

  • diwajibkan
  • pakaian menutup aurat
  • digalakkan
    • baju melayu & songkok
    • baju labuh / baju raihan & songkok

  • dibolehkan
    • seluar sukan / seluar sekolah
    • baju-T lengan panjang (kosong / non grafik)
    • baju kemeja (lengan panjang / pendek)

  • tidak digalakkan
    • baju-T lengan pendek
    • baju floral / hawai

  • tidak dibenarkan
    • pakaian ketat/sendat (seluar & baju)
    • sebarang pakaian & aksesori fancy
    • seluar jean
    • baju-T dengan sebarang lakaran grafik
 Kod Etika Pakaian Pelajar Perempuan
  • diwajibkan
    • pakaian menutup aurat
  • digalakkan
    • baju kurung & kain tudung bulat (non floral)
  • dibolehkan
    • seluar sukan dgn baju labuh
    • kain tudung biasa (non floral & floral)
  • tidak digalakkan
    • seluar sukan dgn baju-T (kosong / non floral)
  • tidak dibenarkan
    • pakaian ketat/sendat (seluar & baju)
    • sebarang pakaian & aksesori fancy
    • seluar jean
    • baju-T dengan sebarang lakaran grafik
    • aksesori / mekap berlebihan

KBQS - PERATURAN.KOD.ETIKA (bah.1)

Beberapa peraturan, kod & etika diperkenalkan mulai april 2009. Peraturan2 ini telah di bawa ke mesyuarat Biro Dakwah untuk perbincangan, semakan & kelulusan, dan seterusnya ke dalam mesyuarat induk AJK Surau asSalam untuk pengesahan. Di dalam program Majlis Bersama Ibu/Bapa/Penjaga pada 17 mei 2009, peraturan, kod & etika menjadi agenda utama, dan telah diluluskan sepenuhnya. Pihak KBQS@Penyelaras Program telah diberi tanggungjawab dan mandat untuk perlaksanaannya.

 Adab & Susila KBQS
  • Sebelum Masuk Kelas
  • harus berwudhu'
  • berpakaian kemas & menutup aurat
  • telefon bimbit dimatikan
  • Semasa Dalam Kelas

    • ambil tempat & kitab masing2
    • ketua/naib ketua ambil kedatangan (kelas alHusna)
    • bermula dengan doa & alFatihah
    • jaga displin & tingkahlaku
    • jangan tinggikan suara
    • elak keluar masuk tanpa sebab
    • berakhir dengan Al'Asr
  • Sebelum Balik

    • pastikan kitab & rehal ditempatnya
    • pastikan kelas dikemaskan
     






Wednesday, January 20, 2010

KELAS AL HUSNA - SESI 2009/H1430 (SIRI.2)

Kelas alHusna telah dimulai dengan 19 pelajar (@1april2009), berumur di antara 10 tahun & 15 tahun; pecahan 10 pelajar lelaki & 9 pelajar perempuan. Pada 1mei2009, bilangan pelajar berdaftar ialah 30; iaitu 15 lelaki & 15 perempuan. 9 pelajar telah khatam Muqaddam, sementara yang lain2 dimulai dengan asas Muqaddam@Qiraati.

  • Jadual Mengaji
 5 hari seminggu; ahad, isnin,selasa, rabu & jumaat; masa bermula selepas solat maghrib & selepas  solat isya' hingga 10.30mlm
  • Grup Bacaan
6 grup bacaan; ketua dilantik bagi setiap grup
  • Kitab Rujukan
Untuk bimbingan Qiraati, Muqaddam Uthmani (bertajwid) susunan Ustaz Mahadi Dahlan & Ustaz Mohd Ilham Haji Ikhsan
  • Cara Mengaji
Untuk pelajar2 Quran, secara talaqi (pelajar-pembimbing); mereka dibenar sambung dari ayat/surah yang mereka telah baca sebelum ini.
Untuk pelajar2 Muqaddam, secara beramai-ramai; dimulai dengan mengenal huruf hijaiyah. Amalan belajar secara interaktif digunakan

Pada 1jun2009, bilangan pelajar berdaftar dan masih belajar kekal 30 iaitu 14 lelaki & 16 perempuan; sepanjang mei2009 2 pelajar telah berhenti dan 2 pelajar baru didaftarkan.

Peraturan & Tatatertib (semasa dalam kelas) mula diperkenalkan dalam bulan april2009; diikuti dengan Kod & Etika Pelajar secara berperingkat dalam bulan mei2009.