6harakat abuDawud adHOC ahlusunnah aidilFitri akhlak aktivitiMingguan alBaqarah alFalaq alFatihah aliImran alIkhlas alMulk alMunafiqun alQuran anNas aqidah artikel ayatalQuran ayatKursi bacaan bacaanshalawat bahagi bahasa bantuan bantuanKomputer barisATAS barisBAWAH barisDEPAN barisDUA barisduaATAS barisduaBAWAH barisduaDEPAN belajarTAJWID beritaKBQS bida'ah tahunMasehi bidayatulHidayah bimbingan.alQuran bimbinganAkademik binaAyat blogHarian bukhariMuslim bundarkanNombor cari.pilih.tanda catatanHarian cenderaHati cerakinNombor commitmentndedication contoh cutiRehat daftarBaru daftarSemula dalamMemori darab data dedicationndetermination doa doaSelamat doktrin dresscode dzikir eEnglish eEnglishT4 eJAWI ezMaths ezMathsT2 ezMathsT4 ezMathsT6 fahaman faisalchoir fardhu'Ain fardhuKifayah fathah fatwa fidyah firmanAllah ghuluw hadith hamzahWASAL haram hariAsyura hijrah hindu holiFestival homeWorks hujungMinggu hukmIdgham hukmIkhfa' hukmIqlab hukmIzhar hukum hukumIDGHAM hukumIkhfa' hukumIKHFA'' hukumIkhfa'Haqiqi hukumIQLAB hukumIZHAR hurufArab hurufHalqi hurufHIJAIYAH hurufIdgham hurufLinak hurufMad hurufQOLQOLAH hurufSukun i.love.english ibadah ibnKatheer ibnTaymiyah ibubapa ibubapaPelajar idghamBilaGhunnah idghamMaalGhunnah ilmuTajwid imageReporting imageUpdate imamBaihaqi imamNawawi imamTarmizi imejFoto iqra'nquran isipaduCecair islam islamqa jamuan kadNombor kasrah kataKerja kbqs2012 kbqs2014 kbqs2015 kbqs2016 kbqssp kelasTajwid kemaskini kemaskiniData kembaliMengaji keputusan kerajaan kesesatan khatamIqra' khatamQuran kiboid kitab.rujukan kkiniImej kkiniInfo klipVideo koleksiFoto kronologiEven kubus latihan latihanIndividu liveSTREAMING logo.kbqs madAsli madJaizMunfasil madLazimHarfi madLazimKalimiMuthaqqal madWajibMuttasil majmukFatwa makkah mariMengaji maringaji matLazimKalimiMukhaffaf menjawikanPerkataan misharyAlAfasy modul.latihan moralsupport murtadeen muslim mut'ah myjawi mytajwid mytajwid.nota myVocab ngajiBalik nilaiAngka nilaiTempat nomborBulat numberGame nurin.aisyah nuzulQuran oum pangsapuriDamai pecahan pelajar.alQuran pelajaran1 pelajaran2 pelajarBaru pelajarBerhenti pelajarCemerlang pelajarLelaki pelajarPerempuan pengenalanKomputer pentagon penyelidikan perayaan poligon prisma puasa rafidi ramadhan ramadhan1433H rasmUTHMANI rasulALLAH readingPractice rehatMinda rekod&data risalahILMU RSIS rukunsolat salaf salafi salamPerpisahan samudera.ilmu saujanaPutra sayonara segi3 segi4 sejarah sejarah.islam selamatDATANG selamatTinggal selesaiMasalah senaraiPelajar sesi.ke6 sesi2015 sesi2016 sesiADHOC sesimlm sesiptg setData sholat sirah.nabawiyah sistem soaljawab solat solat'Asar solatDzohor solatFardhu solatIsya' solatMaghrib solatNawafil solatSubuh solatTahajud sukun sunnah surahQuran surauasSalam syiah tadarusalQuran tahap3 tahunbaru takbir tandaSabdu tandaSyaddah tanwin tarmizi tasbih tasmid tasyahud tazkirah thefaces thelist tulisan ucapan ujian ukuran.panjang ulangkaji untukrenungan wahhabi wahyualQuran wirid youTUBE zakat

Saturday, January 9, 2010

AD-HOC IMBAS KEMBALI - SESI 2009 / H1430:v02

17 MEI 2009 BERSAMAAN 22 JAMIDULAWAL H1430
- MAJLIS BERSAMA IBU/BAPA/PENJAGA DGN KBQS

Majlis ini diadakan diSurau asSalam, sebagai taklimat / penerangan program Kelas Bimbingan Quran asSalam @KBQS. Ucapan aluan dan sepatah kata dari pengerusi surau membuka tirai majlis. Agenda utama @penerangan program telah disampaikan oleh penyelaras KBQS. Antara perkara penting yang dibentangkan ialah kod, etika & peraturan KBQS, yang memerlukan mandat dan persetujuan ibu/bapa/penjaga. Diakhir majlis jamuan ringan disediakan.

Thursday, January 7, 2010

KELAS AL HUSNA - SESI 2009/H1430 (SIRI.1)

Kelas alHusna diadakan berasingan dari Kelas Qiraati; antara faktor utama:
  • dengan bilangan pelajar berdaftar (diawal program) melebehi 50, lebih memudahkan pentadbiran dan pengurusan KBQS dengan mengadakan 2 kelas berasingan (Qiraati & alHusna)
  • dengan sebahagian besar pelajar berumur 10 tahun & keatas (diawal program) masih ditahap asas (Muqaddam), mengadakan kelas berasingan untuk pelajar dalam kategori umur ini dilihat sebagai perlu dan patut dilaksanakan
  • membolehkan pendakatan yang lebih bersesuaian dan efektif dalam membimbing pelajar dalam kategori umur ini
Penyelaras program@KBQS, sdr Mohd Zawawi Muda telah diberi tanggungjawab dan mandat sepenuhnya untuk memulakan Kelas alHusna.

Faktor pertama perlu dilihat ialah tahap bacaan pelajar, mengambilkira umur mereka, serta jangkamasa khatam Quran (30 juzu'). Faktor kedua ialah masa belajar@mengaji yang terhad. Faktor ketiga ialah tenaga pembimbing.


Objektif Kelas alHusna perlu digaris dengan jelas; harus realistik dan mampu dicapai. Pada masa yang sama kod, etika serta peraturan kelas perlu digariskan secara perinci dan teliti, dan perlu mendapat kelulusan Biro Dakwah (selaku penaung KBQS) serta ibu/bapa/penjaga sebelum dilaksanakan.


Objektif jangka pendek ialah sasaran jangkamasa; pelajar2 yang bermula dengan asas (Muqaddam) harus boleh mula membaca alQuran sebelum bermula puasa H1430.
Objektif jangka panjang ialah membantu membina kelompok remaja Islam (pangsapuri Damai) yang dapat membaca alQuran serta beramal denganNya.
koleksi foto : alHusna sesi 2009/H1430 - awal












Tuesday, January 5, 2010

KELAS QIRAATI - SESI 2009/H1430

Sdr Darus ZainalAbidin, lebih dikenali dengan panggilan Pak Darus, telah diberi peluang dan tanggungjawab membimbing kelas Qiraati. Pak Darus orang lama disini (sekitaran Kg Datuk Hormat / Kg Lindungan); banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan setempat, termasuk menjadi guru mengaji Quran.  Beliau adalah ajk Biro Dakwah dan juga bilal utama Surau AsSalam. Ini memudahkan lagi perjalanan program.
Ini dalah koleksi foto PakDarus@kelas Qiraati sepanjang sesi 2009/H1430.
























Sunday, January 3, 2010

KBQS - RETRO SESI 2009/H1430 (AKHIR)

KBQS adalah projek perintis (berjadual & jangka panjang) Biro Dakwah Surau AsSalam; dan perlu diurus dan ditadbir dalam environmen amat terhad: ruang, masa, tenaga & bajet.
  • ruang - ruang utama surau untuk kelas Qiraati; ruang luar/tepi surau (7' x 20') untuk kelas alQuran@kelas alHusna
  • masa - antara solat maghrib & solat isya; dan selepas solat isya' hingga 10:30malam
  • tenaga - sambilan; untuk bimbingan Qiraati (1), dan alQuran (1) dan juga pengurusan/penyelarasan program
  • bajet - tabung dalaman, yuran & sumbangan individu
Kelemahan2 adalah relatif banyak (dalam jangkaan & diluar jangkaan); tetapi faktor2 diatas tidak boleh dijadikan sebab utama semata-mata. Yang pasti ia satu proses pembelajaran. Kelemahan2 ini akan cuba diatasi dalam sesi baru (2010/H1431) sebaik yang mungkin. InsyaAllah. Boleh kami katakan 2 faktor utama merupakan tunggak/kekuatan kepada program ini (dengan tidak lupa sokongan mantap ajk surau)
  • sokongan yang tidak luntur & berterusan dari ibu/bapa/penjaga
  • kerjasama, semangat & tahap komitmen yang tinggi pelajar2 sendiri
Buktinya, sepanjang sesi 2009/H1430, 3 program ad-hoc lain (selain program pengenalan; Bimbingan Wudhu'-Solat:Teori & Praktikal) telah dapat dilaksanakan dengan baik. Kepada ibu/bapa/penjaga dan khususnya pelajar2 alHusna, kami mengambil kesempatan ini untuk sampaikan salam terima kasih tidak terhingga. Kepada penyumbang2 individu (tak kira dalam bentuk tenaga atau material), Allah saja yang dapat membalasnya. Wassalam.

Saturday, January 2, 2010

KBQS - RETRO SESI 2009/H1430 (AWAL)

Alhamdullilah. Program Sehari Bimbingan Wudhu' - Solat: Teori & Praktikal (@22mac2009 / 25rabiulawalH1430) telah memberi kesedaran baru kepada  kami semua; ibu bapa & khususnya ajk surau, betapa masih ramai kanak2 & remaja (Islam)  yang menetap di pangsapuri damai perlu mendapat bimbingan al Quran (Muqaddam & Quran) pada tahap yang segera!
Sokongan ibu/bapa/penjaga untuk mendaftar kanak2 & remaja dengan KBQS harus diberi pujian; mereka bersegera untuk mendaftarkan anak2. Tidak lupa ajk (induk) surau assalam yang memberi sokongan sepnuhnya  kepada biro dakwah surau selaku penaung kepada KBQS.
Bilangan pelajar @awal april2009 ialah 58 orang; pecahan: 9 tahun & kebawah - 24 pelajar & 10 tahun & keatas - 34 pelajar. Bagi tujuan pengurusan & pentadbiran serta memudahkan bimbingan, 2 kelas diadakan; berasaskan pecahan umur diatas. kelas Qiraati (9 tahun & kebawah) & kelas alQuran (10 tahun & keatas), kemudiannya dikenali sebagai Kelas alHusna. Dua orang pembimbing (sambilan) dipilih untuk mengendali kelas2 yang disebut.