Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan
keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
Ø Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini,
Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah
berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan:"Ruhul Quddus
mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)
Ø Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai
seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui
dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
Ø Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah
yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat
peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya,
unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan
oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada
Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang
demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah
selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".
Ø Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya
yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13
& 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang
lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".
petikan: http://www.al-azim.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.