6harakat abuDawud adHOC ahlusunnah aidilFitri akhlak aktivitiMingguan alBaqarah alFalaq alFatihah aliImran alIkhlas alMulk alMunafiqun alQuran anNas aqidah artikel ayatalQuran ayatKursi bacaan bacaanshalawat bahagi bahasa bantuan bantuanKomputer barisATAS barisBAWAH barisDEPAN barisDUA barisduaATAS barisduaBAWAH barisduaDEPAN belajarTAJWID beritaKBQS bida'ah tahunMasehi bidayatulHidayah bimbingan.alQuran bimbinganAkademik binaAyat blogHarian bukhariMuslim bundarkanNombor cari.pilih.tanda catatanHarian cenderaHati cerakinNombor commitmentndedication contoh cutiRehat daftarBaru daftarSemula dalamMemori darab data dedicationndetermination doa doaSelamat doktrin dresscode dzikir eEnglish eEnglishT4 eJAWI ezMaths ezMathsT2 ezMathsT4 ezMathsT6 fahaman faisalchoir fardhu'Ain fardhuKifayah fathah fatwa fidyah firmanAllah ghuluw hadith hamzahWASAL haram hariAsyura hijrah hindu holiFestival homeWorks hujungMinggu hukmIdgham hukmIkhfa' hukmIqlab hukmIzhar hukum hukumIDGHAM hukumIkhfa' hukumIKHFA'' hukumIkhfa'Haqiqi hukumIQLAB hukumIZHAR hurufArab hurufHalqi hurufHIJAIYAH hurufIdgham hurufLinak hurufMad hurufQOLQOLAH hurufSukun i.love.english ibadah ibnKatheer ibnTaymiyah ibubapa ibubapaPelajar idghamBilaGhunnah idghamMaalGhunnah ilmuTajwid imageReporting imageUpdate imamBaihaqi imamNawawi imamTarmizi imejFoto iqra'nquran isipaduCecair islam islamqa jamuan kadNombor kasrah kataKerja kbqs2012 kbqs2014 kbqs2015 kbqs2016 kbqssp kelasTajwid kemaskini kemaskiniData kembaliMengaji keputusan kerajaan kesesatan khatamIqra' khatamQuran kiboid kitab.rujukan kkiniImej kkiniInfo klipVideo koleksiFoto kronologiEven kubus latihan latihanIndividu liveSTREAMING logo.kbqs madAsli madJaizMunfasil madLazimHarfi madLazimKalimiMuthaqqal madWajibMuttasil majmukFatwa makkah mariMengaji maringaji matLazimKalimiMukhaffaf menjawikanPerkataan misharyAlAfasy modul.latihan moralsupport murtadeen muslim mut'ah myjawi mytajwid mytajwid.nota myVocab ngajiBalik nilaiAngka nilaiTempat nomborBulat numberGame nurin.aisyah nuzulQuran oum pangsapuriDamai pecahan pelajar.alQuran pelajaran1 pelajaran2 pelajarBaru pelajarBerhenti pelajarCemerlang pelajarLelaki pelajarPerempuan pengenalanKomputer pentagon penyelidikan perayaan poligon prisma puasa rafidi ramadhan ramadhan1433H rasmUTHMANI rasulALLAH readingPractice rehatMinda rekod&data risalahILMU RSIS rukunsolat salaf salafi salamPerpisahan samudera.ilmu saujanaPutra sayonara segi3 segi4 sejarah sejarah.islam selamatDATANG selamatTinggal selesaiMasalah senaraiPelajar sesi.ke6 sesi2015 sesi2016 sesiADHOC sesimlm sesiptg setData sholat sirah.nabawiyah sistem soaljawab solat solat'Asar solatDzohor solatFardhu solatIsya' solatMaghrib solatNawafil solatSubuh solatTahajud sukun sunnah surahQuran surauasSalam syiah tadarusalQuran tahap3 tahunbaru takbir tandaSabdu tandaSyaddah tanwin tarmizi tasbih tasmid tasyahud tazkirah thefaces thelist tulisan ucapan ujian ukuran.panjang ulangkaji untukrenungan wahhabi wahyualQuran wirid youTUBE zakat

Saturday, December 22, 2012

CUTI REHAT AKHIR TAHUN

sabtu 22 disember 2012 bersamaan 08 safar H1434

assalamualaikum wbt. KBQS @ bimbingan Iqral' & alQuran. kelas mengaji & bimbingan akademik berehat akhir tahun, dari 22 disember 2012 bersamaan 08 safar H1434 hingga 06 januari 2013 bersamaan 23 safar H1434. kelas akan disambung semula pada 07 januari 2013 bersamaan 24 safar H1434. insyaAllah, dengan izinNya.

kepada pelajar, selamat berehat dan bercuti. dan bersedia sedia untuk sesi baru alam persekolahan 2013. kepada ibu/bapa/penjaga, terima kasih atas sokongan dan kerjasama sepanjang sesi mengaji 2012.

Saturday, December 8, 2012

PELAJAR BARU..NOV & DIS 2012

sabtu 08 november 2012 bersamaan 24 muharram H1434

salam dan selamat  datang kepada pelajar2 baru kelas mari mengaji @kbqs saujana putra. adik-adik yang dimaksukkan ialah:

  • adik Muhammad Syazmi b Khairul Anuar .. 6 tahun
  • adik Muhammad Suhaimi b Khairul Anuar .. 8 tahun
  • adik Abuzar Al-Ghifary b Aisa .. 16 tahun
  • adik Qabil Qusyairi b Mohd Nazri -- 6 tahun
  • adik Muhammad Amar  Faiz  b Md Nasri .. 6 tahun 
  • adik Aqil Qalif b Suhaimi .. 5 tahun
kepada ibu bapa adik2 yang disebut kami ucapkan terima kasih. semoga kerjasama puan-tuan memberi lebih kekuatan kepada kami untuk terus memberi bimbingan yang lebih baik, dengan izinNya, insyaAllah. amin.

Wednesday, October 3, 2012

WAJAH2 KECIL MARI MENGAJI

selasa 02 oktober 2012 bersamaan 16 zulkaedah 1433H











koleksi foto pelajar2 kecil @ kelas mari mengaji, saujana putra. awal minggu pertama oktober 2012.








dalam pelbagai wajah. sedang mengaji iqra' / alquran.




























PELAJAR BARU

selasa 02 oktober 2012 bersamaan 16 zulkaedah 1433H

selamat datang ke kelas mari mengaji saujana putra. kami mengalu2kan 3 rakan baru kelas mari mengaji @ saujana putra. adik2 yang dimaksudkan:


  • adik Ahmad Danial Hasif b Mawizam .. 7 tahun, iqra'
  • adik Ahmad Danial Hazim b Mawizam .. 8 tahun, iqra'
  • adik Akmal Hakim b Amizan .. 11 tahun, alquran
kepada ibu bapa anak2 yang dimaksudkan, kami mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih. semoga sokongan dan kerjasama mereka memberi lebih lagi kekuatan kepada kami. amin.


Tuesday, October 2, 2012

MENGAJI.BALIK

isnin 01 oktober 2012 bersamaan 15 zulkaedah 1433H

kelas mari mengaji mengalu2kan pelajar lama yang kembali  mengaji alQuran, masing2 2 pelajar di kelas pangsapuri damai & di kelas saujana putra.

dari kelas pangsapuri damai:

  • adik Nur Sakinah bt Jamarudin
  • adik Nur Syuhadah bt Jamarudin
mereka berdua mula mengaji balik akhir september 2012.

dari kelas saujana putra:
  • adik Nur Aliah bt Yusdi..bermula awal september 29012
  • adik Mohamad Fikri  b Zaini..bermula 01 oktober 2012

Sunday, September 9, 2012

MALAM IDILFITRI H1433

ahad 09 september 2012 bersamaan 22 syawal H1433

majlis ringkas malam idilFitri H1433 untuk meraikan pelajar2 kelas mari mengaji telah diadakan secara berasingan, masing-masing di pangsapuri damai, subang dan di saujana putra.

majlis di pangsapuri damai telah selamat diadakan pada malam sabtu 01 september 2012 bersamaan 14 syawal H1433. bermula selepas solat isya'. berwalaupun ringkas..hanya makanan ringan, tit-bits & minuman..tapi majlis tetap meriah.
















malam jumaat lalu, 07 september 2012 bersamaan 20 syawal H1433 pelajar2 di saujana putra telah diraikan dalam majlis yang sama. bermula jam 2030..ringkas..makanan ringan, masam-manis & minuman..tapi majlis tetap segar dan menyeronokkan.














Monday, August 13, 2012

SALAM AIDIL FITRI 1433H

isnin 13 ogos 2012 bersamaan 24 ramadhan 1433H

sempena menyambut  & meraikan kedatangan Aidil Fitri 1433, kelas Mari Mengaji akan mula cuti jumaat 17 ogos 2012. insyaallah kelas akan mula balik sabtu 25 ogos 2012 (pangsapuri damai) & isnin 27 ogos 2012 (saujana putra).

kepada semua pelajar & ibu bapa, salam Aidil Fitri, selamat bercuti & berhati2 di jalan raya....

Tuesday, August 7, 2012

CARAMANA AL.QURAN DIWAHYUKAN


Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

Ø Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan:"Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)

Ø Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.

Ø Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".

Ø Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

petikan: http://www.al-azim.com/

NUZUL AL.QURAN


Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

petikan: http://www.al-azim.com/

Monday, August 6, 2012

CUTI NUZUL QURAN

isnin 06 ogos 2012 bersamaan 17 ramadhan 1433H


sempena ulangtahun Nuzul Quran, kelas mari mengaji cuti rehat hari ini.
kepada semua pelajar & ibu bapa pelajar, selamat menyambut & meraikan hari Nuzul Quran. dan semoga kita semua dalam keberkatan Allah swt. amin

PELAJAR BARU @ PANGSAPURI DAMAI

sabtu 04 ogos 2012 bersamaan 15 ramadhan 1433H


syukur alhamdulillah. kami mengalu-alukan pelajar baru program mari mengaji pangsapuri damai.

  • adik Nur Hayatie bt Mohd Nasir..10 tahun
  • adik Nur Aliazaifa bt Mohd Nasir..8 tahun
adik2 ini turut serta dalam program bimbingan upsr. 

kepada ibu bapa adik2 ini kami rakamkan terima kasih. semoga kerjasama mereka dapat membantu kami memberi bimbingan lebih baik kepada pelajar2 pangsapuri damai. insyaallah.

Monday, July 16, 2012

MERAIKAN KEDATANGAN RAMADHAN

ramadhan 1433H kian hampir




يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

“wahai orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu”

surah: alBaqarah. ayat: 183


أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ ۥ فِدۡيَةٌ۬ طَعَامُ مِسۡكِينٍ۬‌ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيۡرً۬ا فَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١٨٤)



“(iaitu) beberapa hari yang tertentu. maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang (yang tidak terdaya untuk berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

surah: alBaqarah. ayat: 184

Monday, July 9, 2012

KHATAM AL QURAN

ahad 08 julai 2012 bersamaan 18 sya'ban 1433H


majlis doa selamat di surau assalam untuk adik Nuriman Izzati Zulkifly yang telah khatan alQuran @kelas mari mengaji pangsapuri damai. majlis sumbangan keluarga adik Izzati.
















majlis di adakan sebaik selepas solat maghrib, dan khusus untuk pelajar2 kelas mari mengaji pangsapuri damai. bagi memulakan majlis doa selamat dibacakan oleh imam surau Pak Darus. turut hadir kedua ibu bapa adik Izzati. hampir semua pelajar (lebih 30) hadir dalam majlis ini.




jamuan ringkas di sediakan. berupa pulut kuning (tradisi majlis khatam Quran) dan minuman air kotak. majlis tamat hampir masuk waktu solat isya. syukur alhamdulillah majlis dapat dijalankan dengan baik.

Tuesday, July 3, 2012

PELAJAR BARU @ SAUJANA PUTRA

selasa 03 julai 2012 bersamaan 13 sya'ban 1433H


mengalu-alukan adik2 yang baru bersama kelas mari mengaji saujana putra. sepanjang jun 2012 pelajar baru yang dimaksudkan;

  • adik Nurin Jazlina bt Rozali .. 8 tahun..Iqra'
  • adik Muhammad Afif Aiman b Rozali .. 5 tahun..iqra'
kepada ibu/bapa pelajar2 ini ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada kami membantu membimbing anak2 mereka. insyaAllah dengan izinNya.

TAMAT IQRA'

selasa 03 julai 2012 bersamaan 13 sya'ban 1433H


syukur alhamdulillah, dengan izinNya adik Syahzafriel Syafiq Azman telah tamat pelajaran Iqra'. dan telah mula membaca alQuran 01 julai lalu, surah alBaqarah. kami mengucapkan tahniah kepada adik Syafiq. teruskan usaha semoga memperolehi kejayaan lebih baik di masa depan. amin.

Wednesday, June 27, 2012

JADUAL WAKTU SESI NGAJI

rabu 27 jun 2012 bersamaan  07 sya'ban 1433H


sedikit perubahan jadual mengaji untuk sesi 2012;

  • mari mengaji @ saujana putra: isnin - jumaat; petang..1700 - 1830; malam..2000 - 2200; kelas tajwid..jumaat malam
  • mari mengaji @ pangsapuri damai: sabtu & ahad..petang..1700 - 1830; malam..2000 - 2200; tuisyen. sabtu & ahad..1000 - 1200
perubahan mulai julai 2012. akan maklum ibu/bapa pelajar segera. insyaallah.

Wednesday, June 6, 2012

KEMASKINI REKOD @ SP

rabu 06 jun 2012 bersamaan 16 rejab 1433H


senarai lengkap terkini pelajar mari mengaji @ saujana putra

  • Muhamad Zamier b Ahmad Sharbini
  • Ahmad Dzafran b Ahmad Sharbini
  • Nur Syamimi Syamilah bt Md Shamsudi
  • Muhammad Arif Fakhri b Mohd Yusri
  • Nur Aisyah bt Yusdi
  • Muhammad Irfan Fikri b Khairul Azmi
  • Muhamad Daniel b Zakaria
  • Nur Atirah bt Mohd Zaki
  • Mohd Alif Haizat b Mohd Zaki
  • Muhammad Iqwan Hakim b Khairul Azmi
  • Muhammad Naqiuddin Aqil b Mohd Khir
  • Muhammad Afiq Syukri b Mohd Yusri
  • Mohamad Danial b Zaini
  • Muhammad Kamarul Nazmie b Mohd Norani
  • Airiel Rizman b Mohd Norani
  • Nur Iman Fatihah bt Ruslan
  • Nurnajwa Shahirah bt Mohammad Sulaiman
  • Muhammad Aqif b Mohd Khir
  • Amirul Faris b Suhaimi
  • Erina Natasha bt Mohd Saufi
  • Muhammad Aiq Afifi b Mohf Sufri
  • Muhammad Arif b Mohd Sufri
  • Nik Ahmad Danish Irfan b Mohd Isam
  • Aireen Najihah bt Junaidi
  • Syalzrien Shafiq b Azman
  • Syahzafriel Shafiq b Azman
  • Nursyaza Balqis bt Syamsul Badri
  • Muhammad Arief Loqman b Khairul Azhar
  • Nuriffah Husna bt Aisa
  • Ammar alZharawy b Aisa
  • Nurnajwa Salsabila bt Mohammad Sulaiman
  • Muhammad Khairi b Muhammad Zuwairi
  • Muhammad Airel Mikhail b Mohd Anuar
  • Muhammad Adrian Syahmi b Mohd Anuar
  • Muhammad Zahiruddin Iqmal b Mohd Saufi
  • Adila Sefia bt Adli
  • Dian Salsabilah bt Mohammad
  • Nur Aina Murdhiyyah bt Azri
  • Ahmad Aiman Hakim b Azri
  • Ahmad Ikmal Ariff b Azri
rekod & aktiviti program mari mengaji @ saujana putra akan dikemaskini dari masa ke semasa. kepada ibu/bapa/penjaga pelajar kami ucapkan terima kasih di atas sokongan & kerjasama yang diberikan. semoga program ini dapat diteruskan dengan lebih baik di masa hadapan, dengan izinNya. insyaallah.

Tuesday, June 5, 2012

SALAM PERPISAHAN

selasa 05 jun 2012 bersamaan 15 rejab 1433H


kami ucapkan salam perpisahan untuk adik Nur Zahra Alya Nabilah bt Khozali & adik Muhammad Aqeel Nasheef b Khozali yang berpindah ke Pulau Pinang  bersama keluarga. teruskan mengaji di tempat baru. kepada en Khozali & pn Suhaili, terima kasih di atas sokongan & kerjasama sepanjang 1 tahun lebih bersama kami di program mari mengaji saujana putra. tak lupa kami turut doakan selamat bertugas di tempat baru.

MARI MENGAJI @ PANGSAPURI DAMAI

selasa 05 jun 2012 bersamaan 15 rejab 1433H


syukur alhamdulillah. kelas mari mengaji di pangsapuri damai telah menerima 2 pelajar baru dalam bulan mei 2012. iaitu:

  • adik Mohammad Sahrul Fiktri b Jassni - 13 tahun
  • adik Mohammad Hafizul Azri b Jassni - 11 tahun
kami ucapkan selamat datang ke program mari mengaji. kepada ibu bapa adik2 ini, terima kasih di atas kepercayaan & sokongan yang diberikan.

senarai terkini pelajar2 Iqra' & alQuran sesi pangsapuri damai adalah:
  • Omar al Farouk b Sani
  • Abu Bakar as Siddiq b Sani
  • Siti Aisyah bt Sani
  • Siti Fatimah al Zahra bt Sani
  • Siti Khadijah bt Sani
  • Mihammad al Amin b Sani
  • Nurul Farah Syafiqah bt Sam
  • Mohd Raffiq Adzrai b Sam
  • Mohd Raffi b Sam
  • Nur Haifa bt Rosli
  • Siti Syazana bt Maznan
  • Adam Eizrap b Zulkifri
  • Siti Nur Raudhah bt Mohd Mahathir
  • Raja Halim b Bathiudeen
  • Siti Hajar bt Sani
  • Siti Nuriman Izzati bt Zulkifly
  • Nur Hasya bt Rosli
  • Nurul Alia bt Halim
  • Muhammad Raffiz Ghairil Adzroi b Sam
  • Dzul Aizam b Rosdie
  • Muhammad Badri
  • Ismail Nashriq b Maznan
  • Siti Nur Intan Zafira bt Mohd Mahathir
  • Najwa Asyilah Amelia bt Mohd Najmi
  • Atirah Asyilah Amelia bt Mohd Najmi
  • Mohammad Sahrul Fiktri b Jassni
  • Mohammad Hafizul Azri b Jassni
insyaallah rekod & aktiviti program mari mengaji ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Wednesday, May 30, 2012

KHATAM IQRA'

rabu 30 mei 2012 bersamaan 09 rejab 1433H


sepanjang bulan mei 2012 3 pelajar telah khatam Iqra' dan dibenarkan baca alQuran mulai surah alBaqarah. adik2 yang telah tamat Iqra' ini:

  • adik Muhamaad Afiq Syukri b Mohd Yusri - 8 tahun
  • adik Muhamad Iqwan Hakim b Khairul Azmi - 8 tahun
  • adik Ammar al Zhawary b Aisa - 8 tahun
syabas kepada adik2 ini. dan teruskan usaha, tekun dan gigih untuk capai kecemerlangan dalam bacaan alQuran. kepada ibu bapa mereka kami ucapkan tahniah. dan terima kasih di atas sokongan berterusan. semoga usaha kita semua sentiasa diberkati dan diterima Allah s.w.t. amin.

CUTI REHAT

rabu 30 mei 2012 bersamaan 09 rejab 1433H


kelas mengaji cuti selama 7 hari. mulai ahad 27 mei 2012. sempena cuti semester persekolahan yang bermula sabtu 26 mei 2012.


untuk sesi di saujana putra. kelas mengaji akan disambung semula ahad 03 jun 2012 bersamaan 13 rejab 1433H.


kami mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. kepada famili yang balik kampung kami turut ucapkan selamat bercuti, dan sentiasa berhati2 di jalanraya.

Friday, May 4, 2012

PELAJAR BARU - MEI 2012

khamis 03 mei 2012 bersamaan 11 jamadil akhir 1433H


3 orang pelajar baru (adik-beradik) didaftarkan hari ini untuk program mari mengaji di saujana putra. adik2 yang dimaksud adalah

    • Nur Aina Mardhiyyah bt Azri  -  11 tahun (alQuran)
    • Ahmad Aiman Hakim b Azri  -  8 tahum (alQuran)
    • Ahmad Ikmal Ariff b Azri  -  7 tahun (Iqra')
kepada adik2 di atas, kami mengucapkan selamat datang ke program mari mengaji, kbqs saujana putra. kepada ibu bapa mereka, terima kasih. semoga program ini dapat diteruskan & memperoleh keredhaan & keberkataanNya. insyaallah.

Monday, April 30, 2012

PELAJAR BARU - APRIL 2012

isnin 30 april 2012 bersamaan 08 jamadil akhir 1433H


sepanjang april 2012 3 pelajar baru telah didaftarkan di kelas mengaji saujana putra; iaitu 2 pelajar Iqra' dan seorang pelajar alQuran.

  • Adila Sefia bt Adli - 6 tahun (Iqra')
  • Dian Salsabilah bt Mohammad - 8 tahun (Iqra')
  • Muhammmad Zahiruddin Iqmal b Mohd Saufi - 16 tahun (alQuran)
kami ucapkan selamat datang ke kelas mari mengaji, saujana putra. semoga adik2 ini mendapat manfaat & kebaikan sepanjang berada dalam program ini, dengan izinNya, insyaallah.

Thursday, March 22, 2012

CUTI REHAT

rabu.21 mac 2012 bersamaan 27 rabiulakhir 1433H


kelas Mari Mengaji akan cuti rehat selama 4 hari; khamis 22 mac 2012 hingga ahad 25 mac 2012. kelas di saujana putra akan di sambung semula isnin 26 mac 2012, sementara kelas di surau assalam, pangsapuri damai jumaat berikutnya. notis cuti ini juga telah diposkan di laman sosial facebook mari mengaji. selamat bercuti.

Tuesday, March 20, 2012

TASBIH KAFARRAH

tasbih kafarrah..doa penutup majlis


  • Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
    سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
    melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu” 

Saturday, March 17, 2012

MARI MENGAJI @ PANGSAPURI DAMAI

sabtu.07 mac 2012 bersamaan 23 rabiulakhir 1433H


program mari mengaji bertempat di surau assalam, pangsapuri damai minggu ke 3. pelajar lama mendaftar semula bertambah. syukur alhamdulillah.

  • Nurul Farah Syafiqah bt Sam
  • Mohd Raffiq Adzrai b Sam
  • Siti Syazana bt Maznan
  • Adam Eizrap b Zulkifri
  • Amieza Nur Diana bt Abdullah
  • Nurul Alia bt Halim
sementara pelajar baru adalah
  • Dzul Aizam b Rosdie
sedikit pindaan kepada jadual program
  • hari : jumaat & sabtu
  • masa : petang & malam
jika berlaku pindaan, termasuk cuti akan dimaklumkan dari masa ke senasa. info & berita ringkas juga akan dipos ke laman sosial facebook mari mengaji. insyaallah.

Wednesday, March 7, 2012

PELAJAR BARU - MAC 2012

rabu.07 mac 2012 bersamaan 13 rabiulakhir 1433H


3 pelajar baru telah didaftarkan untuk mengaji di kelas saujana putra, mulai awal mac 2012.


  • Muhammad Khairi Muhammad Zuwairi  -  7 tahun
  • Muhammad Airel Mikhail Mohd Anuar  -  7 tahun
  • Muhammad Adrian Syahmi Mohd Anuar  -  5 tahun
kepada adik2 baru kami ucapkan selamat datang & rajin2 mengaji. kepada ibu/bapa pelajar2 ini kami ucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk memberi bimbingan sebaik mungkin kepada anak2 ini. syukur alhamdulillah.

Tuesday, March 6, 2012

DAFTAR SEMULA PELAJAR

sabtu.03 mac 2012 bersamaan 09 rabiulakhir 1433H


program mari mengaji kelas bimbingan Iqra' & al Quran di sambung semula di Surau asSalam, Pangsapuri Damai mulai semalam. syukur alhamdulillah. sepanjang 2 hari pertama seramai 13 pelajar telah daftar semula.

  • Omar al Farouk Sani
  • Abu Bakar as Siddiq Sani
  • Siti Aisyah Sani
  • Siti Fatimah al Zahra Sani
  • Siti Khadijah Sani
  • Muhammad al Amin Sani
  • Nur Haifa Rosli
  • Diana al Shaarif
  • Nur Sakinah Jamarudin
  • Nur Syuhadah Jamarudin
  • Siti Hajar Sani
  • Siti Nur 'Iman Izzati Zulkifly
  • Nur Hasya Rosli
pihak surau & penyelaras program mengucapkan selamat belajar semula kepada adik2 ini. kepada ibu/bapa/penjaga di ucapkan terima kasih. semoga kerjasama berkekalan.

Thursday, March 1, 2012

MARI.MENGAJI@PANGSAPURI.DAMAI

khamis.01 mac 2012 bersamaan 07 rabiulakhir 1433H 


program bimbingan Iqra' & alQuran di Pangsapuri Damai yang ditangguh akhir 2010 akan disambung semula. insyaAllah dengan izinNya.


jadual program:

  • hari: jumaat & sabtu
  • masa : malam (maghrib / isya')
  • tempat: surau asSalam
kepada pelajar2 lama yang ingin sertai kembali program ini boleh hubungi sdr Zul / sdr Sani (ajk surau). atau sdr Zawawi (penyelaras program). wassalam.

Sunday, February 19, 2012

25 RASUL

Tahukah anda? nama 25 Rasul yang perlu kita tahu & hafal.
  1. Adam a.s.
  2. Idris a.s.
  3. Nuh a.s.
  4. Hud a.s.
  5. Salleh a.s.
  6. Ibrahim a.s.
  7. Luth a.s.
  8. Ismail a.s.
  9. Ishak a.s.
  10. Ya'akub a.s.
  11. Yusuf a.s.
  12. Ayyub a.s.
  13. Shu'aib a.s.
  14. Musa a.s.
  15. Harun a.s.
  16. Zulkifli a.s.
  17. Daud a.s.
  18. Sulaiman a.s.
  19. Ilyas a.s
  20. Ilyasa' a.s.
  21. Yunus a.s.
  22. Zakaria a.s.
  23. Yahya a.s.
  24. Isa a.s.
  25. Muhammad s.a.w.
& yang dinamakan Rasul-Rasul Ulul Azmi
  1. Muhammad s.a.w.
  2. Ibrahim a.s.
  3. Musa a.s.
  4. Isa a.s.
  5. Nuh a.s.

TANWIN (DGN TANDA MIM KECIL)

Ø  huruf yang ada baris dua  (atas/bawah/depan) dgn tanda MIM KECIL

& selepasnya huruf BA. dibaca dengan dengung kadar 2 harakat (Hukum Iqlab), seperti dalam;

·     قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ
QA I MAM BIL QIS THI
huruf MIM baris dua atas (dgn tanda MIM KECIL) bertemu huruf BA

·      أَلِيمُۢ بِمَا
ALI MUM BI MA
huruf  MIM  baris dua depan (dgn tanda MIM KECIL) bertemu huruf BA

·      رَسُولُۢ بِمَا
RASU LUM BIMA
huruf LAM baris dua depan (dgn tanda MIM KECIL) bertemu huruf BA

·     ءَايَـٰتِۭ بَيِّنَـٰتٍ۬‌ۖ
A YA TIM BAY YI NA TIN
huruf TA baris dua bawah (dgn tanda MIM KECIL) bertemu huruf BA

·     بَصِيرُۢ بِمَا
BA TSI RUM BIMA
huruf RA baris dua depan (dgn tanda MIM KECIL) bertemu huruf BA

TANWIN (TAK SELARI)

Ø  huruf yang ada baris dua  (atas/bawah/depan) tak selari

& selepasnya huruf tak  bertanda Sabdu. dibaca dengan dengung kadar 2 harakat (Hukum Ikhfa’), seperti dalam;

·     بَعُوضَةً۬ فَمَا
BA'U DHO TANF FA MA
huruf TA baris dua atas tak selari bertemu huruf FA tak bertanda Sabdu

·      عَذَابً۬ا شَدِيدً۬
'ADZA BANSY SYA DI DAN
huruf BA baris dua atas tak selari bertemu huruf SYIN tak bertanda Sabdu

·      ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬
TSA MA NANQ QO LI LAN
huruf NUN baris dua atas tak selari bertemu huruf QAF tak bertanda Sabdu

·      خَلۡقً۬ا جَدِيدً۬ا
KHAL QANJ JA DI DAN
huruf QAF baris dua atas tak selari bertemu huruf JIM tak bertanda Sabdu

TANWIN (TAK SELARI)

Ø  huruf yang ada baris dua  (atas/bawah/depan) tak selari

& selepasnya huruf2 RA & LAM bertanda Sabdu. dibaca tanpa dengung (Hukum Idgham Bila Ghunnah), seperti dalam;

·     ثَمَرَةٍ۬ رِّزۡقً۬ا‌ۙ
TSA MA RA TIR RIZ QON
huruf  TA baris dua bawah tak selari bertemu huruf RA bertanda Sabdu

·     وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ
WAI LUL LIKUL LI
huruf LAM baris dua depan tak selari bertemu huruf LAM bertanda Sabdu

& selepasnya huruf2 MIM & NUN bertanda Sabdu. dibaca dengan dengun kadar 2 harakat (Idgham Maal Ghunnah), seperti dalam;

·      بَلَآءٌ۬ مِّن رَّبِّكُمۡ
BALA UM MIR RAB BIKUM
huruf HAMZAH baris dua depan tak selari bertemu huruf MIM bertanda Sabdu

·      لَنَا مَلِڪً۬ا نُّقَـٰتِلۡ
LANA MALIKAN NUQA TIL
huruf KAF baris dua atas tak selari bertemu huruf NUN bertanda Sabdu

& selepasNYA huruf2 WAU & YA tak bertanda Sabdu. dibaca dengan dengun kadar 2 harakat (Idgham Maal Ghunnah), seperti dalam;

·     ظُلُمَـٰتٌ۬ وَرَعۡدٌ۬
DZU LU MA TUW WARA' DUN
huruf TA baris dua depan tak selari bertemu huruf WAU tak bertanda Sabdu

·     وَبَرۡقٌ۬ يَجۡعَلُونَ
WA BAR QUY YAJ JE ALU NA
huruf QAF baris dua depan tak selari bertemu huruf YA tak bertanda Sabdu

TANWIN (SELARI)

Ø  huruf yang ada baris dua/tanwin  (atas/bawah/depan) selari harus dibaca dengan terang & jelas (Hukum Izhar), seperti dalam;

·      نَارًا حَامِيَةً۬
NA RON HA MIAH
huruf RA baris dua atas selari bertemu huruf HA

·      يَوۡمَٮِٕذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ
YAU MAIZIN ANIN NA'IM
huruf DZAL baris dua bawah selari bertemu huruf ‘AIN

·      أَجۡرٌ غَيۡرُ
AJ JE RUN GHAIRU
huruf RA baris dua depan selari bertemu huruf GHAIN

Saturday, February 18, 2012

SUKUN (BERTANDA)

Ø  huruf NUN bertanda MIM KECIL
&  bertemu huruf BA . dibaca dengan dengung kadar 2 harakat (Hukum Iqlab) seperti dalam;

·      مِنۢ بَيۡنِ
MIM BAINI 
NUN bertanda MIM KECIL bertemu huruf BA

·     مِنۢ بَعۡدِهِ
MIM BA' DIHI 
NUN bertanda MIM KECIL bertemu huruf BA

·     يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ
YU' MIM BIL LA HI 
NUN bertanda MIM KECIL bertemu huruf BA

SUKUN (TAK BERTANDA)

Ø  huruf tak bertanda

&  apabila huruf NUN tak bertanda bertemu huruf2 MIM, NUN, WAU & YA. dibaca dengan dengung (Hukum Idgham Maal Ghunnah) seperti dalam;

·     مِّن مِّثۡلِهِ
MIM MITS LIHI
NUN tak bertanda bertemu huruf MIM

·      مِّن نَّخِيلٍ۬
MIN NAKHI LIN
NUN tak bertanda bertemu huruf NUN

·      أَوۡ مِن وَرَآءِ 
AU MIW WARA I
NUN tak bertanda bertemu huruf WAU

·      إِن يُرِدۡنِ
IY YURID NI
NUN tak bertanda bertemu huruf YA

SUKUN (TAK BERTANDA)

Ø  huruf tak bertanda

&  bertemu huruf tak bertanda sabdu. dibaca dengan dengung kadar 2 harakat (Hukum Ikhfa’) seperti dalam;

·      رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ
ROZAQ QO NA HUM YUNF FIKUN
NUN tak berbaris bertemu huruf  FA tak bertanda Sabdu

·     مِن قَبۡلِكُمۡ
MINQ QOB BE LIKUM
NUN tak bertanda bertemu huruf Qolqolah QAF tak bertanda Sabdu

·     وَإِن ڪُنتُمۡ
WA INK KUN TUM
NUN tak bertanda bertemu huruf KAF tak bertanda Sabdu

SUKUN (TAK BERTANDA)

Ø  huruf tak bertanda

&  bertemu huruf2 RA & LAM (bertanda sabdu) dan huruf2 Syamsiah. dibaca tanpa dengung seperti dalam;

·     أَيَحۡسَبُ أَن لَّمۡ
AYAH SABUAL LAM
NUN tak bertanda bertemu huruf LAM bertanda Sabdu (Idgham Bila Ghunnah)

·     وَلَـٰكِن لَّا
WALA KIL LA
NUN tak bertanda bertemu huruf LAM bertanda Sabdu (Idgham Bila Ghunnah)

·     وَٱلشَّمۡسِ
WASY SYAM SI
HAMZAH WASAL & LAM tak bertanda bertemu huruf SYIN bertanda Sabdu (Idgham Syamsiah)



·     مِّن رَّسُولٍ
MIR RASU LIN
NUN tak bertanda bertemu huruf RA bertanda Sabdu (Idgham Bila Ghunnah)

SUKUN (BERTANDA)

Ø  bertanda kepala huruf kha ( خ ) tanpa titik

terletak di atas mana-mana satu huruf untuk menunjukkan huruf itu bertanda sukun.  dibaca dengan terang & jelas (Hukum Izhar) seperti dalam;

·     أَنۡعَمۡتَ
AN 'AM TA
tanda sukun atas huruf2 NUN & MIM

dan dibaca dengan terang, jelas & bertalun (Hukum Izhar) untuk huruf Qolqolah seperti dalam;

·     وَلَمۡ يُولَدۡ
WALAM YU LAD DE
tanda sukun atas huruf MIM & huruf Qolqolah DAL

·     لَقَدۡ خَلَقۡنَا
LA QAD DE KHOLAQ QO NA
tanda sukun atas huruf2 Qolqolah DAL & QAF