6harakat
abuDawud
adHOC
ahlusunnah
aidilFitri
akhlak
aktivitiMingguan
alBaqarah
alFalaq
alFatihah
aliImran
alIkhlas
alMulk
alMunafiqun
alQuran
anNas
aqidah
artikel
ayatalQuran
ayatKursi
bacaan
bacaanshalawat
bahagi
bahasa
bantuan
bantuanKomputer
barisATAS
barisBAWAH
barisDEPAN
barisDUA
barisduaATAS
barisduaBAWAH
barisduaDEPAN
belajarTAJWID
beritaKBQS
bida'ah tahunMasehi
bidayatulHidayah
bimbingan.alQuran
bimbinganAkademik
binaAyat
blogHarian
bukhariMuslim
bundarkanNombor
cari.pilih.tanda
catatanHarian
cenderaHati
cerakinNombor
commitmentndedication
contoh
cutiRehat
daftarBaru
daftarSemula
dalamMemori
darab
data
dedicationndetermination
doa
doaSelamat
doktrin
dresscode
dzikir
eEnglish
eEnglishT4
eJAWI
ezMaths
ezMathsT2
ezMathsT4
ezMathsT6
fahaman
faisalchoir
fardhu'Ain
fardhuKifayah
fathah
fatwa
fidyah
firmanAllah
ghuluw
hadith
hamzahWASAL
haram
hariAsyura
hijrah
hindu
holiFestival
homeWorks
hujungMinggu
hukmIdgham
hukmIkhfa'
hukmIqlab
hukmIzhar
hukum
hukumIDGHAM
hukumIkhfa'
hukumIKHFA''
hukumIkhfa'Haqiqi
hukumIQLAB
hukumIZHAR
hurufArab
hurufHalqi
hurufHIJAIYAH
hurufIdgham
hurufLinak
hurufMad
hurufQOLQOLAH
hurufSukun
i.love.english
ibadah
ibnKatheer
ibnTaymiyah
ibubapa
ibubapaPelajar
idghamBilaGhunnah
idghamMaalGhunnah
ilmuTajwid
imageReporting
imageUpdate
imamBaihaqi
imamNawawi
imamTarmizi
imejFoto
iqra'nquran
isipaduCecair
islam
islamqa
jamuan
kadNombor
kasrah
kataKerja
kbqs2012
kbqs2014
kbqs2015
kbqs2016
kbqssp
kelasTajwid
kemaskini
kemaskiniData
kembaliMengaji
keputusan
kerajaan
kesesatan
khatamIqra'
khatamQuran
kiboid
kitab.rujukan
kkiniImej
kkiniInfo
klipVideo
koleksiFoto
kronologiEven
kubus
latihan
latihanIndividu
liveSTREAMING
logo.kbqs
madAsli
madJaizMunfasil
madLazimHarfi
madLazimKalimiMuthaqqal
madWajibMuttasil
majmukFatwa
makkah
mariMengaji
maringaji
matLazimKalimiMukhaffaf
menjawikanPerkataan
misharyAlAfasy
modul.latihan
moralsupport
murtadeen
muslim
mut'ah
myjawi
mytajwid
mytajwid.nota
myVocab
ngajiBalik
nilaiAngka
nilaiTempat
nomborBulat
numberGame
nurin.aisyah
nuzulQuran
oum
pangsapuriDamai
pecahan
pelajar.alQuran
pelajaran1
pelajaran2
pelajarBaru
pelajarBerhenti
pelajarCemerlang
pelajarLelaki
pelajarPerempuan
pengenalanKomputer
pentagon
penyelidikan
perayaan
poligon
prisma
puasa
rafidi
ramadhan
ramadhan1433H
rasmUTHMANI
rasulALLAH
readingPractice
rehatMinda
rekod&data
risalahILMU
RSIS
rukunsolat
salaf
salafi
salamPerpisahan
samudera.ilmu
saujanaPutra
sayonara
segi3
segi4
sejarah
sejarah.islam
selamatDATANG
selamatTinggal
selesaiMasalah
senaraiPelajar
sesi.ke6
sesi2015
sesi2016
sesiADHOC
sesimlm
sesiptg
setData
sholat
sirah.nabawiyah
sistem
soaljawab
solat
solat'Asar
solatDzohor
solatFardhu
solatIsya'
solatMaghrib
solatNawafil
solatSubuh
solatTahajud
sukun
sunnah
surahQuran
surauasSalam
syiah
tadarusalQuran
tahap3
tahunbaru
takbir
tandaSabdu
tandaSyaddah
tanwin
tarmizi
tasbih
tasmid
tasyahud
tazkirah
thefaces
thelist
tulisan
ucapan
ujian
ukuran.panjang
ulangkaji
untukrenungan
wahhabi
wahyualQuran
wirid
youTUBE
zakat
Saturday, February 4, 2012
Friday, February 3, 2012
HIKMAT SOLAT
antara hikmatnya:
- mencegah dari perbuatan keji & mungkar
- mengubati jiwa yang tidak tenteram spt gelisah, was-was, putus asa dsbnya
- membersih jiwa dari sifat-sifat keji spt hasad, dengki, fitnah, sombong, riak dsbnya
- mengingati hambanya hidup & mati hanya untuk Allah (sptmana perakuan dalam doa iftitah)
- mengingati hambanya segala pujian hanya untuk Allah
- mengingati hambanya segala nikmat hanya dari Allah
- mengingati hambanya tentang hari pembalasan
- memperaku kebesaran Allah (spt dalam berdiri tegak, ruku' & sujud)
- mengulangi kesaksian (sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari) bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
Thursday, February 2, 2012
PELAJAR BARU - FEB 2012
kelas Mari Mengaji mendapat 2 sahabat pelajar baru pada 1 feb 2012 lalu. kami mengucapkan selamat datang kepada adik2 ini. kepada ibu/bapa mereka berdua salam terima kasih kerana menaruh harapan & kepercayaan kepada kami. pelajar2 yang dimaksudkan:
- adik Ammar Al Zharawy b Aisa - 7 tahun
- adik Nur Iffah Husna bt Aisa - 11 tahun
insyaAllah, dengan izinNya, kami akan memberikan bimbingan terbaik untuk anak2 ini.
ADAB BACA AL QURAN
WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.
ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.
Ø membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".
Ø membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (hadis riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)
sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.
Ø membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (hadis riwayat: Al-Bazzar)
Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (surah Al-Isra’: ayat 109).
Ø membaguskan suara membacanya.
sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (hadis riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim).
dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (hadis riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) .
maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.
Ø membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (surah An-Nahl: Ayat 98).
Ø apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. cukup dengan membaca isti’adzah saja.
Ø membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya.
Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (surah Muhammad: ayat 24).
Ø membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk.
Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad).
Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (hadis riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim).
jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran. misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.
Ø dengarlah bacaan al-Quran. jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (surah Al-A’raaf: Ayat 204).
Ø membaca dengan saling bergantian. membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (hadis riwayat: Abu Dawud).
Ø melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.
berdoa selepas membaca al-Quran. dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.”
MAULIDUR RASUL
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagaiMaulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
petikan dari: wikipedia
petikan dari: wikipedia
Subscribe to:
Posts (Atom)
