6harakat abuDawud adHOC ahlusunnah aidilFitri akhlak aktivitiMingguan alBaqarah alFalaq alFatihah aliImran alIkhlas alMulk alMunafiqun alQuran anNas aqidah artikel ayatalQuran ayatKursi bacaan bacaanshalawat bahagi bahasa bantuan bantuanKomputer barisATAS barisBAWAH barisDEPAN barisDUA barisduaATAS barisduaBAWAH barisduaDEPAN belajarTAJWID beritaKBQS bida'ah tahunMasehi bidayatulHidayah bimbingan.alQuran bimbinganAkademik binaAyat blogHarian bukhariMuslim bundarkanNombor cari.pilih.tanda catatanHarian cenderaHati cerakinNombor commitmentndedication contoh cutiRehat daftarBaru daftarSemula dalamMemori darab data dedicationndetermination doa doaSelamat doktrin dresscode dzikir eEnglish eEnglishT4 eJAWI ezMaths ezMathsT2 ezMathsT4 ezMathsT6 fahaman faisalchoir fardhu'Ain fardhuKifayah fathah fatwa fidyah firmanAllah ghuluw hadith hamzahWASAL haram hariAsyura hijrah hindu holiFestival homeWorks hujungMinggu hukmIdgham hukmIkhfa' hukmIqlab hukmIzhar hukum hukumIDGHAM hukumIkhfa' hukumIKHFA'' hukumIkhfa'Haqiqi hukumIQLAB hukumIZHAR hurufArab hurufHalqi hurufHIJAIYAH hurufIdgham hurufLinak hurufMad hurufQOLQOLAH hurufSukun i.love.english ibadah ibnKatheer ibnTaymiyah ibubapa ibubapaPelajar idghamBilaGhunnah idghamMaalGhunnah ilmuTajwid imageReporting imageUpdate imamBaihaqi imamNawawi imamTarmizi imejFoto iqra'nquran isipaduCecair islam islamqa jamuan kadNombor kasrah kataKerja kbqs2012 kbqs2014 kbqs2015 kbqs2016 kbqssp kelasTajwid kemaskini kemaskiniData kembaliMengaji keputusan kerajaan kesesatan khatamIqra' khatamQuran kiboid kitab.rujukan kkiniImej kkiniInfo klipVideo koleksiFoto kronologiEven kubus latihan latihanIndividu liveSTREAMING logo.kbqs madAsli madJaizMunfasil madLazimHarfi madLazimKalimiMuthaqqal madWajibMuttasil majmukFatwa makkah mariMengaji maringaji matLazimKalimiMukhaffaf menjawikanPerkataan misharyAlAfasy modul.latihan moralsupport murtadeen muslim mut'ah myjawi mytajwid mytajwid.nota myVocab ngajiBalik nilaiAngka nilaiTempat nomborBulat numberGame nurin.aisyah nuzulQuran oum pangsapuriDamai pecahan pelajar.alQuran pelajaran1 pelajaran2 pelajarBaru pelajarBerhenti pelajarCemerlang pelajarLelaki pelajarPerempuan pengenalanKomputer pentagon penyelidikan perayaan poligon prisma puasa rafidi ramadhan ramadhan1433H rasmUTHMANI rasulALLAH readingPractice rehatMinda rekod&data risalahILMU RSIS rukunsolat salaf salafi salamPerpisahan samudera.ilmu saujanaPutra sayonara segi3 segi4 sejarah sejarah.islam selamatDATANG selamatTinggal selesaiMasalah senaraiPelajar sesi.ke6 sesi2015 sesi2016 sesiADHOC sesimlm sesiptg setData sholat sirah.nabawiyah sistem soaljawab solat solat'Asar solatDzohor solatFardhu solatIsya' solatMaghrib solatNawafil solatSubuh solatTahajud sukun sunnah surahQuran surauasSalam syiah tadarusalQuran tahap3 tahunbaru takbir tandaSabdu tandaSyaddah tanwin tarmizi tasbih tasmid tasyahud tazkirah thefaces thelist tulisan ucapan ujian ukuran.panjang ulangkaji untukrenungan wahhabi wahyualQuran wirid youTUBE zakat

Thursday, February 2, 2012

ADAB BACA AL QURAN

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.
ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.
Ø  membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu utama".
Ø  membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.” (hadis riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)
sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.
Ø  membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (hadis riwayat: Al-Bazzar)
Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (surah Al-Isra’: ayat 109).
Ø  membaguskan suara membacanya.
sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (hadis riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim).
dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (hadis riwayat: Al-Bukhari dan Muslim) .
maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.
Ø  membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (surah An-Nahl: Ayat 98).
Ø  apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. cukup dengan membaca isti’adzah saja.
Ø  membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya.
 Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (surah Muhammad: ayat 24).
Ø  membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang banyak orang. bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk.
 Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak) membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.” (hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad).
Dalam hadis lain dijelaskan: “Ingatlah bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an).” (hadis riwayat: Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim).
jangan jadikan ibadah yang kita lakukan sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan ibadah membaca al-Quran. misalnya, membaca dengan suara keras pada larut malam, yang akhirnya mengganggu orang yang istirahat dan solat malam.
Ø  dengarlah bacaan al-Quran. jika ada yang membaca al-Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga kamu diberi rahmat.” (surah Al-A’raaf: Ayat 204).
Ø  membaca dengan saling bergantian. membaca al-Quran, boleh dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan tenang. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang ada di sisi-Nya.” (hadis riwayat: Abu Dawud).
Ø  melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya belum batal daripada wuduk. tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu sujud, kemudian membaca “Subhaana Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci Rabb-ku Yang Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. selepas itu bangkit daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.
berdoa selepas membaca al-Quran. dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran.” 

MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagaiMaulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
petikan dari: wikipedia

Sunday, January 15, 2012

SENARAI PELAJAR - SESI 2012

untuk sesi baru 2012 senarai lengkap pelajar KBQS (SP) adalah sepertimana di bawah:

  • MUHAMAD ZAMIER B AHMAD SHARBINI
  • AHMAD DZAFRAN B AHMAD SHARBINI
  • NUR SYAMIMI SYAMILAH BT MD SHAMSUDI
  • MUHAMMAD ARIF FAKHRI B MOHD YUSRI
  • NUR AISYAH BT YUSDI
  • MUHAMAD IRFAN FIKRI B KHAIRUL AZMI
  • MOHAMMAD FIRDAUS B KAMARUDIN
  • MUHAMAD DANIEL B ZAKARIA
  • NUR ATHIRAH BT MOHD ZAKI
  • MOHD ALIF HAIZAT B MOHD ZAKI
  • MUHAMAD IQWAN HAKIM B KHAIRUL AZMI
  • SYAHMI AZIQ B SAIFUL MUTALIB
  • MUHAMMAD HARITH FIKRI B AZMAN
  • MUHAMMAD NAQIUDDIN AQIL B MOHD KHIR
  • MUHAMMAD  AFIQ SYUKRI B MOHD YUSRI
  • MOHAMAD DANIAL B ZAINI
  • MUHAMMAD KAMARUL NAZMIE B MOHD NORANI
  • AIRIEL RIZMAN B MOHD NORANI
  • NUR IMAN FATIHAH BT RUSLAN
  • NUR ZAHRA ALYA NABILAH BT KHOZALI
  • NURNAJWA SHAHIRAH BT MOHAMMAD SULAIMAN
  • MOHD AKIL B KHOZALI
  • MUHAMMAD AQIF B MOHD KHIR
  • AMIRUL FARIS B SUHAIMI
  • ERINA NATASHA BT MOHD SAUFI
  • MUHAMMAD AFIQ AFIFI B MOHD SUFRI
  • MUHAMMAD ARIF B MOHD SUFRI
  • N.AHMAD DANISH IRFAN B MOHD ISAM
  • AIREEN NAJIHAH BT JUNAIDI
  • SYALZRIEN SHAFIQ B AZMAN
  • SYAHZAFRIEL SHAFIQ B AZMAN
  • NURSYAZA BALQIS BT SYAMSYUL BADRI
  • MUHAMMMAD ARIEF LOQMAN B KHAIRULAZHAR
ini adalah termasuk 6 pelajar yang baru didaftarkan sepanjang 2 minggu pertama januari 2012.

pada masa yang sama sebilangan pelajar telah meninggalkan kelas mengaji dengan sebab2 tertentu menjelang tahun baru 2012.
  • NURFARWIZAH BT AHMAD SHARBINI
  • NUR SYAZWANI AUNI BT MD SHAMSUDI
  • NURAISHAH SYUHADA BT SALAHUDEN
  • MUHAMMAD SALEHUDIN B KAMARUDIN
  • NUR ALIAH BT YUSDI
  • NORFATIN ERINA BT AHMAD TERIMIJI
kepada ibu bapa pelajar2 ini kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama & sokongan diberikan sepanjang tahun 2011. dan kami tetap doakan semoga anak2 tuan/puan terus sambung mengaji & sentiasa diberkati Allah s.w.t.

KELAS TAJWID

alhamdulillah. kelas tajwid (asas) untuk sesi 2012 telah dimulakan minggu lalu. insyaallah. kelas ini akan diadakan sekali seminggu. setiap ahad, malam. masa. 2030 - 2115 (45 minit). semua pelajar alQuran dikehendaki hadir kelas ini.

kitab rujukan utama.  Panduan Lengkap Ilmu Tajwid..Ust Zulkefli Mohd.

Saturday, January 14, 2012

PELAJAR.BARU - JANUARI 2012

sepanjang 2 minggu pertama, januari 2012, syukur alhamdulillah, seramai 6 pelajar baru telah berdaftar dengan kelas Mari Mengaji KBQS (Saujana Putra); iaitu seorang pelajar alQuran & 5 pelajar Iqra'. senarai lengkap sahabat baru:


  • adik Syalzrien Shafiq b Azman   - 14 tahun
  • adik Syahzafriel Shafiq b Azman   - 9 tahun
  • adik Nik Ahmad Danish Irfan b Mohd Isam   - 6 tahun
  • adik Aireen Najihah bt Junaidi   - 6 tahun
  • adik Nursyaza Balqis bt Syamsul Badri   - 6 tahun
  • adik Muhammad Arief Loqman b Khairul Azhar - 9 tahun
pihak kami mengalu-ngalukan adik2 ke kelas Mari Mengaji. dan terima kasih kepada ibu bapa 
yang memberi sokongan kepada kami. semoga Allah memberkati kita semua. amin.