6harakat abuDawud adHOC ahlusunnah aidilFitri akhlak aktivitiMingguan alBaqarah alFalaq alFatihah aliImran alIkhlas alMulk alMunafiqun alQuran anNas aqidah artikel ayatalQuran ayatKursi bacaan bacaanshalawat bahagi bahasa bantuan bantuanKomputer barisATAS barisBAWAH barisDEPAN barisDUA barisduaATAS barisduaBAWAH barisduaDEPAN belajarTAJWID beritaKBQS bida'ah tahunMasehi bidayatulHidayah bimbingan.alQuran bimbinganAkademik binaAyat blogHarian bukhariMuslim bundarkanNombor cari.pilih.tanda catatanHarian cenderaHati cerakinNombor commitmentndedication contoh cutiRehat daftarBaru daftarSemula dalamMemori darab data dedicationndetermination doa doaSelamat doktrin dresscode dzikir eEnglish eEnglishT4 eJAWI ezMaths ezMathsT2 ezMathsT4 ezMathsT6 fahaman faisalchoir fardhu'Ain fardhuKifayah fathah fatwa fidyah firmanAllah ghuluw hadith hamzahWASAL haram hariAsyura hijrah hindu holiFestival homeWorks hujungMinggu hukmIdgham hukmIkhfa' hukmIqlab hukmIzhar hukum hukumIDGHAM hukumIkhfa' hukumIKHFA'' hukumIkhfa'Haqiqi hukumIQLAB hukumIZHAR hurufArab hurufHalqi hurufHIJAIYAH hurufIdgham hurufLinak hurufMad hurufQOLQOLAH hurufSukun i.love.english ibadah ibnKatheer ibnTaymiyah ibubapa ibubapaPelajar idghamBilaGhunnah idghamMaalGhunnah ilmuTajwid imageReporting imageUpdate imamBaihaqi imamNawawi imamTarmizi imejFoto iqra'nquran isipaduCecair islam islamqa jamuan kadNombor kasrah kataKerja kbqs2012 kbqs2014 kbqs2015 kbqs2016 kbqssp kelasTajwid kemaskini kemaskiniData kembaliMengaji keputusan kerajaan kesesatan khatamIqra' khatamQuran kiboid kitab.rujukan kkiniImej kkiniInfo klipVideo koleksiFoto kronologiEven kubus latihan latihanIndividu liveSTREAMING logo.kbqs madAsli madJaizMunfasil madLazimHarfi madLazimKalimiMuthaqqal madWajibMuttasil majmukFatwa makkah mariMengaji maringaji matLazimKalimiMukhaffaf menjawikanPerkataan misharyAlAfasy modul.latihan moralsupport murtadeen muslim mut'ah myjawi mytajwid mytajwid.nota myVocab ngajiBalik nilaiAngka nilaiTempat nomborBulat numberGame nurin.aisyah nuzulQuran oum pangsapuriDamai pecahan pelajar.alQuran pelajaran1 pelajaran2 pelajarBaru pelajarBerhenti pelajarCemerlang pelajarLelaki pelajarPerempuan pengenalanKomputer pentagon penyelidikan perayaan poligon prisma puasa rafidi ramadhan ramadhan1433H rasmUTHMANI rasulALLAH readingPractice rehatMinda rekod&data risalahILMU RSIS rukunsolat salaf salafi salamPerpisahan samudera.ilmu saujanaPutra sayonara segi3 segi4 sejarah sejarah.islam selamatDATANG selamatTinggal selesaiMasalah senaraiPelajar sesi.ke6 sesi2015 sesi2016 sesiADHOC sesimlm sesiptg setData sholat sirah.nabawiyah sistem soaljawab solat solat'Asar solatDzohor solatFardhu solatIsya' solatMaghrib solatNawafil solatSubuh solatTahajud sukun sunnah surahQuran surauasSalam syiah tadarusalQuran tahap3 tahunbaru takbir tandaSabdu tandaSyaddah tanwin tarmizi tasbih tasmid tasyahud tazkirah thefaces thelist tulisan ucapan ujian ukuran.panjang ulangkaji untukrenungan wahhabi wahyualQuran wirid youTUBE zakat

Tuesday, April 2, 2019

fahaman.syiah

bismillahirrahmanirrahim

// syiah . sejarah penyelwengan terhadap Islam (bah 1)

amirul asyraf / open university malaysia


1. Pengenalan

Syiah adalah suatu ajaran menyeleweng yang telah lama bertapak dalam dunia Islam,iaitu sejak dari zaman Saidina Usman Bin Affan. Seorang Yahudi dari Yaman yang bernama Abdullah Bin Saba‟ telah memulakan gerakan merosakkan ajaran Islam dengan mengagung-agungkan Saidina Ali Bin Abi Talib dan menghina para sahabat yang lain. Aliran ini telah melalui beberapa fasa perkembangan hingga terlahirnya ajaran syiah seperti yang kita lihat padahari ini. Perbezaan pendapat atau disebut sebagai polemik antara Syiah dan Ahlu Sunnah merupakan suatu isu yang telah lama dibahaskan oleh para ulama‟ yang terdahulu. Dalam melihat polemik yang berlaku ini, dunia telahpun menyaksikan bagaimana berlakunya siri kemelut dan persengketaan yang berpanjangan sehingga berlakunya peperangan sepertimana apayang berlaku di Syria, Iraq, terbaru di Yaman dan di beberapa Negara lain. Beberapa usaha untuk mendamaikan kedua belah pihak ini juga pernah diadakan namun sehingga kini belum ada tanda-tanda isu ini dapat diselesaikan. 

Kenyataan sekarang, terlihat bahawa banyak rencana Syiah sudah terlaksana secara rapidi beberapa Negara Islam termasuk di Malaysia. Dengan demikian, gerakan Syiah adalah gerakan yang penuh dengan pelan strategik, dan diwujudkan dengan tindakan yang nyata. Apayang kita lihat sekarang ini di Indonesia dan Malaysia adalah sebahagian daripada pelan hala tuju gerakan Syiah yang bertujuan bagi mendirikan kekhalifahan versi mereka dengan cara menguasai seluruh pemerintahan Negara. Dalam hal ini, bagi meningkatkan kewaspadaan diperlukan banyak kajian dan artikel-artikel ilmiah bagi membendung ajaran Syiah dari terus meracuni fikiran Ummat Islam.

2. Sejarah Kemunculan Syiah

a) Latar Belakang Dan Faktor Kemunculan Syiah

Perkataan Syiah dari sudut bahasa bermaksud satu kumpulan atau satu kelompok manusia. Perkataan syiah apabila disandarkan kepada seseorang, ia akan membawa maksud pengikut dan pembantunya. (Fauzi Hamat, 2011). Dari sudut istilah, kata Syiah merupakan suatu frasa yang digunakan bagi merujuk kepada salah satu daripada dua mazhab terpenting dalam Islam yang menolak tiga orang khulafa ar-Rasyidin yang awal dan menganggap Sayyidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad s.a.w yang sah. (Noresah Baharom, 2007). Syiah pada peringkat awal adalah merupakan kumpulan penyokong Sayyidina Ali Bin Abi Talib dalam krisis beliau berhubung dengan isu politik dengan Muawiyyah Bin Abu Sufyan, iaitu salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. khususnya setelah kematian Sayyidina Uthman Bin Affan. (Hamka, 1997). Ia kemudiannya berkembang menjadi satu aliran kepercayaan yang membezakannya daripada kumpulan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Berpandukan sejarah mengenai kelahiran golongan ini, sebahagian cendiakawan barat berpendapat bahawa golongan ini lahir disebabkan pengaruh parsi yang telah menyerap masuk ke dalam Islam melalui pengislaman orang-orang parsi pada ketika itu. Ini kerana orang parsi berpegang kepada prinsip bahawa pemerintah adalah berdasarkan salasilah keturunan beraja dan kerusi pemerintahan tersebut adalah diwarisi. Maka berdasarkan pegangan ini, apabila wafatnya Rasulullah s.a.w., maka peribadi yang paling menurut mereka yang layak untuk mewarisi kerusi pemerintahan atau kepimpinan adalah Ali bin Abi Talib kerana Rasulullah tidak mempunyai anak lelaki. (Ali Abdul Fattah, 1995). Sesiapa yang mengambil jawatan tersebut seperti AbuBakar, Umar dan Usman, maka individu tersebut menurut mereka telah merampas hak yang sepatutnya menjadi milik Ali bin Abi Talib. Dalam pada itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan golongan syiah berkembang hasil daripada perancangan yahudi melalui usaha yang dilakukan oleh Abdullah bin Saba‟ yang melebih-lebihkan Ali daripada sahabat-sahabat yang lain dan mengagung-agungkannya sehingga kepada tahap mempertuhankan Ali. (Fauzi Hamat,2011).

b) Jenis-Jenis Syiah

Syiah telah berkembang disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satunya adalah kerana munculnya Abdullah bin Saba‟ al-Yahudi. Ia mengaku beragama Islam dan memihak kepada Ali serta Ahlul Bait, namun bersikap berlebih-lebihan dalam mencintainya. Mereka kemudiannya dinisbahkan kepada golongan Saba‟iyyah. AlBaghdadi berkata “Kaum Saba‟iyyah adalah para pengikut Abdullah Bin Saba‟ al-Yahudi. Mereka berlebih-lebihan dalam menyikapi Ali yakni meyakini bahawa Ali adalah nabi, bahkan sampai menduga bahawa ia adalah Allah”.

Ketika berita tentang mereka disampaikan kepada Ali, beliau segera mengambil tindakan dengan memerintahkan untuk membakar mereka hidup-hidup dalam dua buah lubang dan mengasingkan tokohnya Abdullah bin Saba‟ ke daerah al-Mada-in. (Muhammad al-Aqil, 2011).

Pada masa sesudah Ali, golongan Syiah terpecah menjadi empat kelompok iaitu Zaidiyyah, Imamiyyah, Kisaniyyah dan Ghulat. Sesudah itu, Zaidiyyah terpecah-pecah menjadi beberapa sekte, demikian juga yang terjadi pada Imamiyyah dan Ghulat dan mereka mengkafirkan antara satu sama lain.

c) Doktrin Ajaran Syiah

  1. Al-Imamah di Sisi Syiah

Menurut Syiah, Imamah adalah 'Istimrar atau nubuwah' yang bermaksud penerus kenabian atau pewaris nabi. Syiah menyatakan bahawa penerus kenabian adalah manusia pilihan Allah dan Nabinya. Mereka mengatakan bahawa Rasulullah telah menyebut tentang Imam secara terang iaitu dalil "Ghadir Kham" yang bermaksud “Sesiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali lah pemimpinnya”.

Imamah mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Syiah. An Naubkhti meneybut imamah adalah perkara yang paling besar setelah nabi. Manakala al-Kaashif al Ghita mengatakan Imamah adalah lantikan dari Tuhan, sama seperti pelantikan nabi. Sedangkan Nikmatullah al-Jazairi menyebut bahawa Imamah yang umum darjatnya lebih tinggi dari nabi dan risalah. (Mohamad bin Ismail, t,t).

  2. Aqidah Ar-Raj'ah

Raj'ah adalah bid'ah yang diadakan oleh Syiah. Raj'ah bermaksud kebangkitan semula ke dunia setelah mati. Iaitu kebangkitan ketika kemunculan Imam al-Mahdi. Ia merupakan perkara usul dalam akidah mereka. Ibnu Babawaih berkata yang bermaksud; "Raj'ah pada aqidah kami adalah yang benar" Al-Mufid pula berkata yang bermaksud; "Syiah Imamiyyah bersepakat tentang wajib berlaku raj'ah kepada ramai dari kalangan orang-orang yang telah mati." (Mohamad bin Islamil, t.t).

Berdasarkan kenyataan di atas, diketahui bahawa golongan syiah beriktikad bahawa musuh-musuh mereka yang terdiri daripada Ahlu Sunnah akan bangkit kembali dari kematian ketika kemunculan al-Mahdi dan mereka iaitu Ahlu Sunnah termasuk AbuBakar, Umar, Usman akan disiksa di depan pengikut-pengikut Syiah. Mereka berpendapat inilah balasan terhadap mereka-mereka yang merampas hak Ali.

  3. Aqidah Al-Bada'

Golongan Syiah mempercayai bahawa Allah bersifat dengan sifat al-Bada' iaitu memulakan suatu ketentuan baru setelah ketentuan awal gagal dilaksanakan. Golongan Syiah mempercayai bahawa al-Bada' termasuk dalam usul akidah mereka. Diantara


ulama‟ Syiah yang
mengasaskan pegangan al-
Bada‟ ini adalah al
-Kulaini yangmeletakkan satu bab khusus mengenai al-
Bada‟ ini dalam kitabnya Usul al
-Kahfi.
Kemudian diikuti oleh ulama‟ setelahnya iaitu Ibnu Babawaih yang meletakkan satu bab
khusus mengenai al-
Bada‟ dalam kita
bnya al-
I‟tiqadat. (Mohammad bin Ismail, t.t).
Asal makna al-
Bada‟ adalah tersembunyi, timbul fikiran baru tentang sesuatu
setelah melihat keadaan yang berlainan dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang.Golongan Syiah menganggap ilmu Allah didahului dengan sifat jahil dan berlaku perkara baharu dalam ilmu Allah. (Mohammad bin Ismail, t.t). Hal ini adalah jelas bertentangandengan sifat Allah yang maha mengetahui akan segala sesuatu. Jika kedua perkara inidisandarkan kepada Allah, maka ia adalah sebesar-besar kekufuran terhadap Allah s.w.t.Para pengikut Syiah mempercayai bahawa al-
Bada‟ berlaku kepada imam
-imam mereka.Sebagai contoh apabila sesuatu berita yang disandarkan kepada imam kemudian perkaraitu tidak berlaku, mereka akan mendakwa inilah al-Bada' yang berlaku pada imam imam mereka.

  4. Al-Quran dan As-Sunnah di Sisi Syiah

Al-Quran adalah kalamullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammads.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril dan diriwayatkan secara mutawatir, bermuladari surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas, membacanya dinilai sebagai ibadah. Ini adalah apa yang disepakati oleh ijma‟ ulama‟. Berbeza dengan fahaman Syiah, mereka mendakwa al-Quran yang ada pada hari ini, bukan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka mendakwa bahawa al-Quran yang sebenar ada pada tangan Imam al-Mahdi yang ghaib dan akan dibawa oleh Imam al-Mahdi pada akhir zaman kelak. Mereka juga mendakwa terdapat beratus-ratus riwayat palsu yang disandarkan kepada imam-imam mereka berkaitan dengan penambahan, pengurangan, dan penyelewengan terhadap al-Quran yang di lakukan oleh para sahabat. (Mohamad bin Ismail, t.t).

Mengikut pendapat ulama' ahli sunnah, ulama' syiah menolak hadis kerana mereka menolak hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Ada sebahagian dari riwayat Syiah yang menyatakan “Sesungguhnya semua perkara dirujuk kepada kitab sunnah, mana-mana hadis yang tidak bertepatan dengan kitab Allah, ia adalah perhiasan”.

Kebanyakkan teks dan riwayat hadis mereka menolak sunnah yang diguna pakai oleh Ahli Sunnah. Ini dapat diperhatikan melalui kefahaman dan perlaksanaan mereka terhadap hadis, begitu juga melalui periwayatan hadis dan matan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah. Sebagai contoh, Syiah mendifinisikan hadis sebagai “semua perbuatan, percakapan dan pengakuan daripada al maksum”. Mereka berkata bahawa sesungguhnya imam-imam (imam 12) adalah maksum, jadi semua hadis yang terbit dari mereka adalah sahih tanpa syarat sanad atau rawi sampai kepada Nabi Muhammads.a.w. Ini kerana sesungguhnya al-Imamah adalah penerus kenabian. (Mohamad binIsmail, t.t).5)

Taqiyah di Sisi SyiahTaqiyah adalah menyembunyikan sesuatu yang terdapat di dalam hati dan menzahirkan yang sebaliknya. Seorang tokoh Syiah yang bernama al-Mufid telah mendefinisikan taqiyah dengan katanya “Taqiyah adalah menyembunyikan atau merahsiakan iktikad atau pegangan dari musuh, menyatakan secara zahir bersama dengan musuh demi menjaga agama dan dunia. (Mohamad bi Ismail, t.t). Dengan ini, taqiyah bermakna mereka (syiah) menzahirkan amalan ahli sunnah tetapi hati mereka tetap berpegang pada syiah.

Taqiyah adalah amalan syiah yang dilakukan secara kolektif. Amalan yang telahsebati dengan masyarakat syiah diamalkan sehingga kemunculan Imam al-Mahdi. Ibnu Babawaih menegaskan kewajipan beramal dengan taqiyah dalam kitabnya iktiqadat “Taqiyah adalah wajib, hukumnya tidak terangkat sehingga kemunculan al Qaim al-Mahdi, sesiapa yang tidak bertaqiyah sebelum kemunculan al-Mahdi, ia terkeluar dari agama dan terkeluar dari agama al-Imamah, bercanggah dengan Allah dan Rasul serta Imamah. (Mohamad bin Ismail, t.t).

  6. Nikah Mut'ah di Sisi Syiah

Nikah mut‟ah mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi syiah. Bagi mereka, anak dari hasil nikah mut‟ah adalah lebih mulia dari anak hasil pernikahan biasa. Barangsiapa yang mengingkari mut'ah, bererti dia telah kufur dan murtad. Ibnu Babawaih berkata dari Abdullah bin Sinan, dari Abi Abdullah berkata "Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan ke atas kami semua minuman yang memabukkan dan menggantikannya dengan mut‟ah. Mulla Fathullah al-Kaashani pula menyebut dalam kitabnya “Nabi saw bersabda sesiapa yang bermut'ah sekali, maka Allah akanmembebaskannya 1/3 dari api neraka, sesiapa yang bermut'ah dua kali, maka Allah akan membebaskannya 2/3 dari api neraka dan sesiapa yang bermut'ah tiga kali, Allah akan bebaskan sepenuhnya dari api neraka. (Mohamad bin Ismail, t.t). Ini semua adalah pembohongan golongan syiah dimana ia melakukan fitnah terhadap Nabi Muhammads.a.w. dan pegangan-pegangan mereka sangat bertentangan dengan al-Quran dan hadis.

d) Perkara Pokok Perbahasan Di Antara Sunni Dan Syiah

Ibnu Hazzam mentakrifkan Ahlu Sunnah sebagai mereka yang kita panggil Ahlul Haq iaitu kumpulan yang berada di landasan yang benar dan yang lain dari mereka ialah Ahlul Bid‟ah iaitu kumpulan yang sesat, kerana mereka adalah yang terdiri dari kalangan para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka dari kalangan Tabi'in. Kemudian para ahli hadis yang yang mengikuti mereka daripada kalangan ulama Fiqh dari satu generasi ke satu generasi berikutnya sehinggalah ke hari ini, begitulah juga orang yang mengikuti mereka daripada kalangan orang awam di segenap pelusuk dunia. (Wan Zahidi, t.t).

Ahlu Sunnah dan Syiah mempunyai beberapa aspek perbezaan yang ketara dalam aqidah. Perbezaan tersebut merangkumi konsep imamah, rukun iman, relevansi pemilihan Abu Bakar as-Siddiq, dan konsep al-ismah dan al -Raj'ah. Perbezaan ini yang membawa kepada penolakan Ahlu Sunnah terhadap golongan Syiah secara total berdasarkan hujah-hujah ilmiah yang dikemukakan oleh beberapa pemuka aliran al-Asya'irah seperti Abu Hasan Asy'ari, al-Amidi, al-Ghazzali, al-Razi, dan Ibnu Hajar al-Haytami. (Fauzi Hamat, 2011).

3. Konsep Imamah Menurut Syiah Dan Perbezannya Menurut Ahlu Sunnah Beserta Dalil

Al-Imamah merupakan suatu pegangan yang telah menjadi salah satu i‟tikad golongan syiah. Mereka mendakwa bahawa hak memerintah setelah Nabi Muhammad s.a.w adalah milik Sayyidina Ali dan keturunannya daripada zuriat Sayyidatina Fatimah al-Zahra. Ia adalah satu daripada rukun iman yang penting bagi penganut syiah sehingga iman seseorang dianggap tidak sah melainkan setelah menerima konsep imamah ini. (Fauzi Hamat, 2011). Perkara ini merupakan khilaf terbesar di antara golongan Syiah dan golongan Ahlu Sunnah. Hal ini disebabkan imamah di sisi Ahlu Sunnah adalah berdasarkan persetujuan dan pemilihan yang dilakukan oleh Umat Islam.

Imamah di sisi Syiah Imamiyyah bermaksud “Al-Khilafah” atau kepimpinan ummat selepas Nabi Muhammad s.a.w adalah menjadi hak mutlak dua belas wali atau imam sehingga hari kiamat. Imamah adalah suatu jawatan yang ditentukan Allah secara nas daripada NabiMuhammad s.a.w. Mereka berpendapat bahawa antara syarat penting bagi seorang imam adalah mesti seorang yang maksum seperti seorang nabi. Dengan demikian, pemerintahan para khulafaar-Rasyidin dan pemerintah-pemerintah Islam selepasnya adalah tidak sah dan dianggap perampas hak-hak imam yang mereka senaraikan seramai dua belas orang. Imamah juga dianggap sebagai rukun Islam yang paling utama dimana tidak sah Islam seseorang itu melainkan dengannya.(Wan Zahidi, t,t). Dua belas imam yang wajib diimani bagi setiap muslim mengikut pandangan syiah adalah;

1) Abu al-Hasan Ali bin Abi Talib – Al-Murtada

2) Abu Muhammad al-Hasan bin Ali – Al-Zaki

3) Abu Abdullah al-Husin bin Ali – Saidu Asy-Syuhada

4) Abu Muhammad Ali bin Husin – Zainul Abidin

5) Abu Jafar Muhammad bin Ali – Al-Baqir

6) Abu Abdullah Jaafar bin Muhammad – Al-Sodiq

7) Abu Ibrahim Musa bin Jaafar – Al-Khadim

8) Abu Al-Hasan Ali bin Musa – Al-Ridza

9) Abu Jafar Muhammad bin Ali – Al-Jawad

10) Abu Muhammad Ali bin Muhammad – Al-Hadi

11) Abu Muhammad al-Hasan bin Ali – Al-Asykuri

12) Abu al-Qasim Muhammad bin al-Hasan – Al-Mahdi

Ulama' Imamiyyah (syiah) sependapat menyatakan bahawa sesiapa yang mengingkari kepimpinan salah seorang daripada imam-imam yang disebutkan serta tidak mengakui kewajipantaat kepada mereka sepertimana yang diwajipkan oleh Allah, maka ia menjadi kafir, sesat dan layak kekal di dalam neraka.

Ulama' syiah selruhnya sependapat menyatakan bahawa imamah adalah sebahagian dari Usuluddin dan mereka telah membuktikannya dalam kitab-kitab mereka.(Wan Zahidi, t.t)

insyaAllah bersambung ..

untuk.renungan

bismillahirrahmanirrahim

// salafi - wahhabi

artikel : RSIS / mohamed bin ali - muhammad saiful alam shah bin sudiman


Synopsis

The terms Salafi and Wahhabi are often used interchangeably. Many confuse the two while others refer to them as one. What are the differences between the two?

Commentary

THE STUDY of modern Salafism will not be complete without looking into Wahhabism – a reference to the teachings of Muhammad Ibn Abd al-Wahhab and its relation to Salafism. In the current discourse on Islam, the term “Salafi” and “Wahhabi” are often used interchangeably. Many confuse the two while others refer to them as one.
Wahhabi is a label given to those who follow the teachings of Muhammad Ibn Abd al-Wahhab. The Wahhabis are always referred to as Salafis, and in fact they prefer to be called as such. As a rule, all Wahhabis are Salafis but not all Salafis are Wahhabis. The term Salafism did not become associated with the Wahhabi creed until the 1970s. It was in the early 20th century that the Wahhabis referred to themselves as Salafis.

Who is a Salafi?

The usage of the term Salafi today refers to those who embrace Salafism (Arabic: Salafiyyah). Salafiyyah is known to be the manhaj or way of the Salafis. The Salafis are Muslims who advocate literal and to some degree binary interpretation of Islamic teachings as enjoined by Prophet Muhammad and subsequently practised by the early pious predecessors known as the salaf al-salih. Following the salaf is the reason for their self-designation as Salafis.
Linguistically, the term salafi is an ascription to the salaf. A Salafi is one who ascribes himself/herself to the way and teachings of the salaf. From the linguistic standpoint, if someone says, for example “ana Britani” (I am British), it means he comes from Britain or ascribing himself to Britain.
The letter ‘i’ at the end of the word (e.g. Britani, Salafi) shows that the person saying the word is associating himself to the word. Hence, when a person says “I am a Salafi”, he is saying that he ascribes himself to the way/teachings of the salaf.

Who is a Wahhabi?

A Wahhabi is one who follows Wahhabism (Arabic: Wahhabiyyah) or the teachings of Muhammad Bin Abdul Wahhab. Ibn Abd al-Wahhab was born in Najd in 1703 in Uyainah, in present-day Saudi Arabia. He grew up in an atmosphere where there was widespread deterioration in the Muslim beliefs and practices.
Many Muslims had fallen into acts considered shirk (associating Allah with others), and returned to the days of jahiliyyah (ignorance or pre-Islamic period). Ibn Abd al-Wahhab sought to reform the Muslims under the banner of “true” Islam and get rid of these acts which he considered heretical.
Wahhabis do not prefer the term Wahhabiyyah or being called as Wahhabis. They prefer to be called Al-Muwahhidun (the people of monotheism) or Salafiyyun (the Salafis) in reference to the pious predecessors (salaf al-salih). But over time Ibn Abd al-Wahhab followers prefer the more generic term salafiyyun which signifies adherence to the faith and practices of the Prophet and the first three generations of Muslims.
Unlike “Salafi” which is both a label and self-designated term, the term “Wahhabi” is a label given to the followers of the teachings of Ibn Abd al-Wahhab, from whose name the term “Wahhabi” originates. Wahhabism simply means the way of Muhammad Ibn Abd al-Wahhab which also denotes his ideology. Hence, linguistically, a Wahhabi is one who subscribes to Wahhabism.
The main reason why Wahhabis have rejected the term Wahhabism is because it provides the impression that the teachings propagated by Ibn Abd al-Wahhab is a new doctrine or belief within the Islamic faith, whereas they believe that it is merely a reflection and an extension of the teachings of the Prophet, his companions and the salaf al-salih.
Due to the importance of following the footsteps of the salaf, Wahhabism has always been a form of Salafism. It subscribes to the methodology of the salaf in theology and law. In fact, the teaching spreads in the modern Muslim world under the banner of Salafism instead of Wahhabism. As Khaled Abou El-Fadl, a professor of Islamic law from the US observes, “the attachment of Wahhabism to Salafism was indeed needed as Salafism was a much more ‘credible paradigm in Islam’; making it an ideal medium for Wahhabism”.

Ideology of Salafism and Wahhabism

The ideology of Salafism and Wahhabism is built upon a narrowly defined religious text. Methodologically, they are literalist and puritanical in their approaches to Islamic theology and law.
In matters of jurisprudence, Salafis and Wahabbis subscribe to the Hanbali mazhab (school of thought) and law. However, many of them claim no specific affiliation to any particular mazhab. Instead, they claim to follow the stronger opinion among the Salaf based on the Quran and the Sunnah (the Prophet’s Traditions).
But one who studies their views in jurisprudence will find their origins in the Hanbali school of fiqh. Even Ibn Taimiyah, a famous Islamic theologian in the medieval period and his student, Ibn Qayyim, the two scholars most referred to by the Salafis and Wahhabis, adopted the methodology of the Hanbali school.
To maintain the purity of Islam, Salafis and Wahhabis attempt to combat what they view as deviant and heretical practices such as offering prayers at tombs, glorifying ‘holy places’ and ‘saints’. Such are classified as shirk, kufr (infidelity), riddah (apostasy), and bid’ah (innovation). They strongly reject any belief and practices that are not enjoined by the Quran and the Prophet.
For example, Salafis and Wahhabis claim that Sufi practices such as tawassul (intercession between man and God) which had accrued over the centuries since the pristine period of Islam threatens tawhid (monotheism or the belief in the oneness of God). They believe that bid’ah resulted from the adoption of local cultures by Islamic missionaries in their attempts to attract new converts. However, this blend of Islam and customs helped significantly the conversion process to Islam by making it accessible to wider audiences.
Ideologically, Salafism is wider than Wahhabism. Salafi thought has existed for hundreds of years and has spread throughout the Muslim world and beyond. Wahhabism only existed from the mid 18th century. While it is true that Wahhabism is Salafism, it is only one of Salafism’s many orientations. Salafi and Wahhabi are not two sides of the same coin.


salaf

bismillahirrahmanirrahim

//  mutiara akhlak salaf (bah 1)


Diantara keagungan akhlak salaf adalah: sedikit tertawa dan tidak bergembira secara berlebihan apabila mendapatkan kenikmatan dunia.
Bahkan mereka mengkhawatirkan apa yang diperolehnya. Baik itu berupa pakaian, kendaraan, pernikahan, bahkan jabatannya. Lain halnya dengan orang yang cinta terhadap dunia. Para salaf takut bila kenikmatan dunianya termasuk kenikmatan akhirat yang dipercepat hanya dirasakan di dunia saja.
Umar bin Al-Khaththab berkata, “Kalaulah aku tidak takut kebaikanku berkurang, aku akan mengikuti pola hidup kalian yang enak. Namun aku telah mendengar Allah menjelaskan tentang suatu kaum:
أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا
Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu(saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya” (Al-Ahqaaf : 20).
Sebagian salaf berkata, “Jika engkau melihat seseorang yang mengajakmu berlomba untuk dunia, maka ajaklah ia berlomba dalam urusan agama”.
Al-Hasan Al-Bashri berkata, “Yang kuketahui, bahwa sebagian dari orang-orang sholih itu berusaha keras agar Allah tidak melihatnya tertawa, sampai ia mendapatkan kepastian antara dua tempat kembalinya, di surga ataukah di neraka”.

petikan: https://muslim.or.id/26951-mutiara-akhlak-salaf-1-tidak-cinta-dunia.htmcl