3 dis 2011 bersamaan 7 muharram H1433. adik Ilfarris Rasyad b Ismai Hashim telah kembali ke rahmatullah.
kelas mengaji telah kehilangan sahabat akrab, Ilfarris (8 tahun), yang telah kembali ke rahmatullah pada jam (kurang lebih) 10 malam. jasad adik Ilfarris telah selamat disemadi di tanah perkuburan kampongnya, parit buntar, perak pada 4 dis 2011, jam 10 pagi. adik Ilfarris adalah anak yang periang, berhemah dan tekun mengaji.
kepada kedua ibu bapa & keluarga adik Ilfarris, kami ucapkan salam takziah. alFatihah.
6harakat
abuDawud
adHOC
ahlusunnah
aidilFitri
akhlak
aktivitiMingguan
alBaqarah
alFalaq
alFatihah
aliImran
alIkhlas
alMulk
alMunafiqun
alQuran
anNas
aqidah
artikel
ayatalQuran
ayatKursi
bacaan
bacaanshalawat
bahagi
bahasa
bantuan
bantuanKomputer
barisATAS
barisBAWAH
barisDEPAN
barisDUA
barisduaATAS
barisduaBAWAH
barisduaDEPAN
belajarTAJWID
beritaKBQS
bida'ah tahunMasehi
bidayatulHidayah
bimbingan.alQuran
bimbinganAkademik
binaAyat
blogHarian
bukhariMuslim
bundarkanNombor
cari.pilih.tanda
catatanHarian
cenderaHati
cerakinNombor
commitmentndedication
contoh
cutiRehat
daftarBaru
daftarSemula
dalamMemori
darab
data
dedicationndetermination
doa
doaSelamat
doktrin
dresscode
dzikir
eEnglish
eEnglishT4
eJAWI
ezMaths
ezMathsT2
ezMathsT4
ezMathsT6
fahaman
faisalchoir
fardhu'Ain
fardhuKifayah
fathah
fatwa
fidyah
firmanAllah
ghuluw
hadith
hamzahWASAL
haram
hariAsyura
hijrah
hindu
holiFestival
homeWorks
hujungMinggu
hukmIdgham
hukmIkhfa'
hukmIqlab
hukmIzhar
hukum
hukumIDGHAM
hukumIkhfa'
hukumIKHFA''
hukumIkhfa'Haqiqi
hukumIQLAB
hukumIZHAR
hurufArab
hurufHalqi
hurufHIJAIYAH
hurufIdgham
hurufLinak
hurufMad
hurufQOLQOLAH
hurufSukun
i.love.english
ibadah
ibnKatheer
ibnTaymiyah
ibubapa
ibubapaPelajar
idghamBilaGhunnah
idghamMaalGhunnah
ilmuTajwid
imageReporting
imageUpdate
imamBaihaqi
imamNawawi
imamTarmizi
imejFoto
iqra'nquran
isipaduCecair
islam
islamqa
jamuan
kadNombor
kasrah
kataKerja
kbqs2012
kbqs2014
kbqs2015
kbqs2016
kbqssp
kelasTajwid
kemaskini
kemaskiniData
kembaliMengaji
keputusan
kerajaan
kesesatan
khatamIqra'
khatamQuran
kiboid
kitab.rujukan
kkiniImej
kkiniInfo
klipVideo
koleksiFoto
kronologiEven
kubus
latihan
latihanIndividu
liveSTREAMING
logo.kbqs
madAsli
madJaizMunfasil
madLazimHarfi
madLazimKalimiMuthaqqal
madWajibMuttasil
majmukFatwa
makkah
mariMengaji
maringaji
matLazimKalimiMukhaffaf
menjawikanPerkataan
misharyAlAfasy
modul.latihan
moralsupport
murtadeen
muslim
mut'ah
myjawi
mytajwid
mytajwid.nota
myVocab
ngajiBalik
nilaiAngka
nilaiTempat
nomborBulat
numberGame
nurin.aisyah
nuzulQuran
oum
pangsapuriDamai
pecahan
pelajar.alQuran
pelajaran1
pelajaran2
pelajarBaru
pelajarBerhenti
pelajarCemerlang
pelajarLelaki
pelajarPerempuan
pengenalanKomputer
pentagon
penyelidikan
perayaan
poligon
prisma
puasa
rafidi
ramadhan
ramadhan1433H
rasmUTHMANI
rasulALLAH
readingPractice
rehatMinda
rekod&data
risalahILMU
RSIS
rukunsolat
salaf
salafi
salamPerpisahan
samudera.ilmu
saujanaPutra
sayonara
segi3
segi4
sejarah
sejarah.islam
selamatDATANG
selamatTinggal
selesaiMasalah
senaraiPelajar
sesi.ke6
sesi2015
sesi2016
sesiADHOC
sesimlm
sesiptg
setData
sholat
sirah.nabawiyah
sistem
soaljawab
solat
solat'Asar
solatDzohor
solatFardhu
solatIsya'
solatMaghrib
solatNawafil
solatSubuh
solatTahajud
sukun
sunnah
surahQuran
surauasSalam
syiah
tadarusalQuran
tahap3
tahunbaru
takbir
tandaSabdu
tandaSyaddah
tanwin
tarmizi
tasbih
tasmid
tasyahud
tazkirah
thefaces
thelist
tulisan
ucapan
ujian
ukuran.panjang
ulangkaji
untukrenungan
wahhabi
wahyualQuran
wirid
youTUBE
zakat
Tuesday, December 13, 2011
PELAJAR BARU - DIS 2011
sepanjang minggu ini kelas mengaji menerima kemasukan 3 orang pelajar baru.syukur alhamdulillah.
rakan2 baru kelas mengaji alQuran adalah
rakan2 baru kelas mengaji alQuran adalah
- adik Erina Natasha bt Mohd Shaufi (10 tahun)
- adik Muhammad Arif b Mohd Sufri (12 tahun)
- adik Muhammad Afiq Afifi b Mohd Sufri (15 tahun)
kami mengalu-ngalukan kehadiran adik2 baru. selamat datang ke KBQS Saujana Putra. kepada ibu/bapa adik2 ini kami mengucapkan terima kasih. semoga Allah memberkati & merahmati kita semua. amin.
Tuesday, September 27, 2011
PELAJAR.BARU
27 sept 2011 bersamaan 29 syawal H1432. kelas mengaji mendapat 2 rakan baru.
rakan baru pertama adalah adik Nur Julia Umairah Azman, 5 tahun saudara kepada pelajar sedia ada, adik Muhammad Harith Fikri Azman. akan mula belajar asas, Iqra'. rakan baru ke2 adalah adik Amirul Faris Suhaimi, 8 tahun. akan mula baca alQuran, surah alBaqarah.
pihak KBQS mengucapkan selamat datang kepada mereka berdua. dan terima kasih kepada ibu/bapa kedua2 pelajar berkenaan.

Thursday, September 15, 2011
JAMUAN.KESYUKURAN.UNTUK.ADIK.ARIF FAKHRI
14 sept 2011 bersamaan 16 syawal H1432. jamuan kesyukuran tamat Iqra' untuk adik Arif Fakhri.
adik Muhammad Arif Fakhri telah tamat Iqra' sebelum puasa lalu. dia telah mula baca alQuran apabila kelas mengaji disambung semula setelah bercuti Aidil Fitri yang baru berlalu. sebagai tanda 'naik alQuran' dan tanda kesyukuran, pada sesi mengaji malam 14 sept 2011 bersamaan 16 syawal H1432 ayah Arif Fakhri, sdr Mohd Yusri telah berbesar hati menyediakan pek2 pulut kuning berlauk gulai ayam untuk semua pelajar. pihak KBQS mengucapkan tahniah kepada adik Arif Fakhri, serta terima kasih kepada sdr Mohd Yusri.
Monday, September 12, 2011
JAMUAN.RAYA.HARI KE2
12 sept 2011 bersamaan 14 syawal H1432. KBQS saujana putra. jamuan raya.
petang tadi merai pelajar2 sesi petang. adik2 syamimi, syira, aliya & adiknya. untuk sesi malam lebih ramai berbanding malam tadi. wpun dah 14 syawal mood raya masih dapat dilihat dari wajah riang adik2 ini. syukur alhamdulillah majlis selesai jam 9.00 malam.
untuk koleksi foto, layari: http://kbqs.webs.com

Sunday, September 11, 2011
JAMUAN.RAYA.AIDILFITRI.H1432
kanak2 masih dalam mood raya |
satu majlis ringkas jamuan hari raya sempena aidilFitri H1432 telah diadakan untuk pelajar2 kelas ngaji alQuran KBQS, saujanaPutra pada 11 september 2011 bersamaa 13 syawal H1432, malam (mengambil jadual waktu mengaji).
faris.zamier.iqwan |
walaupun yang hadir hanya sebahagian kecil pelajar, mereka tetap nampak seronok dan masih dalam mood raya. makan & duit raya.
syira & adik |
menu adalah ringkas. bihun goreng, kueh tradisional, kueh moden serta buah2an. minuman jus oren menambahkan lagi selera.
naqiuddin.szafran,airiel |
sejak awal minggu kanak2 ini banyak bertanya, bila nak makan kueh raya, ustaz? alhamdulillah, dapat juga diadakan jamuan raya tahun ini. jam 2030, majlis bersurai.
Friday, September 9, 2011
KEMASKINI.SENARAI.PELAJAR
rekod pelajar yang dikemaskini pada awal september 2011 bersamaan syawal H1432 adalah sepertimana berikut:
pelajar alQuran.
pelajar Iqra'.
pelajar alQuran.
- 1001 MUHAMAD ZAMIER B AHMAD SHARBINI
- 1002 AHMAD DZAFRAN B AHMAD SHARBINI
- 1003 NURFARWIZAH BT AHMAD SHARBINI
- 1004 NUR SYAMIMI SYAMILAH BT MD SHAMSUDI
- 1005 NUR SYAZWANI AUNI BT MD SHAMSUDI
- 1006 NURAISHAH SYUHADA BT SALAHUDEN
- 1007 MUHAMMAD ARIF FAKHRI B MOHD YUSRI
- 1008 NUR AISYAH BT YUSDI
- 1011 MOHAMMAD FIRDAUS B KAMARUDIN
- 1012 MUHAMMAD SALEHUDIN B KAMARUDIN
- 1015 NUR ATHIRAH BT MOHD ZAKI
- 1019 SYAHMI AZIQ B SAIFUL MUTALIB
- 1020 NORFATIN ERINA BT AHMAD TERIMIJI
- 1022 MUHAMMAD NAQIUDDIN AQIL B MOHD KHIR
- 1026 MUHAMMAD KAMARUL NAZMIE B MOHD NORANI
- 1027 AIRIEL RIZMAN B MOHD NORANI
- 1028 ILFARRIS RASYAD B ISMAIL HASHIM
- 1036 NUR ZAHRA ALYA NABILAH BT KHOZALI
pelajar Iqra'.
- 1009 MUHAMAD IRFAN FIKRI B KHAIRUL AZMI
- 1014 NUR ALIAH BT YUSDI
- 1016 MOHD ALIF HAIZAT B MOHD ZAKI
- 1017 MUHAMAD IQWAN HAKIM B KHAIRUL AZMI
- 1021 MUHAMMAD HARITH FIKRI B AZMAN
- 1023 MUHAMMAD AFIQ SYUKRI B MOHD YUSRI
- 1025 MOHAMAD DANIAL B ZAINI
- 1032 NUR IMAN FATIHAH BT RUSLAN
- 1037 NURNAJWA SHAHIRAH BT MOHAMMAD SULAIMAN
TAMAT.IQRA'
syukur alhamdulillah. dan tahniah. 3 pelajar (7 tahun) telah tamat Iqra'. dan mula baca alQuran setelah kelas ngaji mula kembali selepas raya aidilFitri. pelajar2 yang dimaksudkan ialah:
- MUHAMMAD ARIF FAKHRI B MOHD YUSRI
- NUR SYAMIMI SYAMILAH BT MD SHAMSUDI
- NUR ZAHRA ALYA NABILAH BT KHOZALI
Monday, September 5, 2011
BALIK.DARI.CUTI
syukur alhamdulillah, kelas ngaji mula balik malam ni.05sept2011 bersamaan 07syawalH1432. setelah cuti sepanjang bulan puasa. pelajar2 masih dalam mood raya. kehadiran malam ni hampir 50%.
Sunday, August 28, 2011
Friday, August 26, 2011
ZAKAT.FITRAH
Zakat Fitrah
pada setiap hari raya Aidil Fitri, diwajibkan atas tiap-tiap orang Islam,laki2 & perempuan, besar & kecil, merdeka atau hamba membayar zakat fitrah dari makanan yang mengenyangkan menurut tiap-tiap tempat (negeri).
dari Abu Said, katanya: “kami mengeluarkan zakat fitrah segantang dari makanan atau gandum atau kurma atau susu kering atau anggur kering”.
hadis riwayat Bukhari & Muslim
syarat wajib zakat fitrah
Ø islam
Ø ada sewaktu terbenam matahari pada hari akhir puasa. tidak wajib ke atas anak yang lahir setelah terbenam matahari hari akhir puasa.
Ø mempuyai kelebihan harta daripada keperluan makanan untuk dirinya sendiri dan untuk yang wajib dinafkahinya, baik manusia atau binatang, pada malam hari raya dan siang harinya.
Rasulullah s.a.w. telah berkata: “barangsiapa meminta-minta sedang ia mencukupi, sesungguhnya ia memperbanyak api neraka (seksaan)”. sahabat2 beliau ketika itu bertanya: “ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan mencukupi itu?” jawab beliau: “erti mencukupi baginya sekadar cukup buat dia makan tengah hari dan makan malam”.
hadis iwayat Abu Daud & Ibnu Hibban.
waktu2 bayar zakat fitrah
Ø waktu yang dibolehkan. dari awal Ramadhan hingga akhir Ramadhan.
Ø waktu yang wajib. dari terbenam matahari akhir Ramadhan.
Ø waktu yang lebih baik (sunat). sesudah solat subuh dan sebelum solat Aidil Fitri.
Ø waktu yang makruh. sesudah solat Aidil Fitri, tetapi sebelum terbenam matahari pada hari itu.
Ø waktu yang haram. sesudah terbenam matahari pada hari raya itu.
dari Ibnu Abbas, katanya: “telah diwajibkan oleh Rasulullah s.a.w.zakat fitrah pembersihan bagi orang puasa dan pemberi makan bagi orang miskin. barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya, maka zakat itu diterima dan barangsiapa membayarnya sesudah solat maka zakat itu sebagai sedekah biasa”.
hadis riwayat Abu Daud & Ibnu Majah.
sumber: Figh Islam. H.Sulaiman Rasyid
MALAM.LAILATULQADAR
Malam yang dinanti Mukmin
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
petikan dari : http://www.al-azim.com
petikan dari : http://www.al-azim.com
Thursday, August 25, 2011
SOLAT.AIDILFITRI
Tatacara Solat Aidil Fitri
Waktu untuk mengerjakan solat Aidil Fitri adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk melewatkan solat Aidil Fitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya.
1 – Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat Aidil Fitri.
Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya.
(hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

Hanya sahaja di Malaysia ini solat Aidil Fitri dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam:
Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444)
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444)
2 – Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Aidil Fitri. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh: Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah.
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)
Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat Aidil Fitri berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat.
3 – Jumlah rakaat solat Aidil Fitri adalah dua.
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat…
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

4 – Terdapat tambahan takbir di dalam solat Aidil Fitri.
Dari `Aisyah (radhiallahu ‘anha), dia berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat Aidil Fitri dan aidil Adha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk.
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970.

Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur:
i – Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 5 = 6.
ii – Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat Aidil Fitri. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat Aidil Fitri. 1 + 4 = 5.
Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat Aidil Fitri dalam pendapat yang dipilihnya.
5 – Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat Aidil Fitri (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)…
Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: “Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai.”
(Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)
(Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)
Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahu’alam.
6 – Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat Aidil Fitri, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anh bahawasanya dia berkata mengenai solat Aidil Fitri: “Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah ‘Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya.”
(Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)
(Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)
Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti:
“Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar”.
(Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)
(Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)
7 – Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setelah membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata: Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat Aidil Fitri).
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49)
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49)
8 – Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat Aidil Fitri bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:
Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat)
sumber : http://solat.wordpress.com

SOLAT.QASAR.&.JAMA'
takrif & tatacara
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama’
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
iii.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
iv.Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)dipetik dari:http://www.e-solat.gov.my
Wednesday, August 24, 2011
FIDYAH.PUASA
mereka yang wajib bayar fidyah
1. mereka yang melambatkan qada' puasanya hingga melangkah ke tahun yang berikutnya dikenakan denda membayar fidyah dan wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.
2. uzur menunaikan puasa wajib. golongan ini terdiri daripada mereka yang sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. kadar fidyahnya ialah sehari secupak makanan kepada fakir miskin.
3. perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.
4. ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.
5. orang yang telah meninggal dunia. hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
membayar fidyah ertinya memberi orang miskin makanan sebanyak satu mud untuk satu hari tidak berpuasa pada bulan Ramadhan. jika tdak berpuasa sehari, fidyahnya satu mud. jika dua hari, fidyahnya dua mud, dan seterusnya.
mud adalah ukuran isipadu (bukan berat) yang setara dengan isipadu 544 gram gandum (al-qamhu). [Abdul Qadim Zallum, Al-Amwal fi Daulah Al-Khilafah, hal. 62].
menurut jumhur ulama, fidyah dibayar dalam bentuk makanan asasi pada suatu negeri (ghaalibu quut a-balad). jadi di Malaysia, fidyah dibayar dalam bentuk beras, yang isipadunya satu mud.
apakah fidyah boleh dibayarkan dalam bentuk wang?
menurut ulama Hanafiyah, boleh dibayarkan dengan nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan makanan.
manakala menurut ulama jumhur (Malikiyah, Syafi’iyah, Hanabilah), tidak boleh dibayar dengan nilainya. fidyah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).
biasanya pusat pungutan zakat menerima bayaran dalam bentuk wang tetapi menyampaikannya kepada fakir miskin dalam bentuk beras.
.
jika tidak mampu membayar fidyah.
jika pada Ramadan tahun lalu dia di dalam keadaan tidak mampu (miskin atau fakir), maka dia tidak wajib membayar fidyah. inilah pendapat Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Muhadzdzab, iaitu gugurnya kewajiban fidyah bagi orang yang tidak mampu. pendapat ini disepakati juga oleh Ibnu Hajar.
sumber: http://lenggangkangkung-my.blogspot.com

Monday, May 16, 2011
ETIKA.PAKAIAN:KEMASKINI
asalnya ini adalah KOD.ETIKA.PAKAIAN yang telah digunapakai di KBQS.PANGSAPURI DAMAI.. kini ia dikemaskini dan akan digunapakai di KBQS.SAUJANA PUTRA.
pelajar laki2
diwajibkan
Ø pakaian menutup aurat
digalakkan
Ø baju melayu & songkok
Ø baju labuh / baju raihan & songkok
dibolehkan
Ø seluar sukan / seluar sekolah
Ø baju-t lengan panjang (kosong / non grafik)
Ø baju kemeja (lengan panjang / pendek)
tidak digalakkan
Ø baju-t lengan pendek
Ø baju floral / hawaii
tidak dibenarkan
Ø pakaian ketat / sendat (seluar & baju)
Ø sebarang pakain & aksesori fancy
Ø seluar jean
Ø baju-t dgn lakaran sebarang grafik
pelajar perempuan
diwajibkan
Ø pakaian menutup aurat
digalakkan
Ø baju kurung & kain tudung bulat (non floral)
dibolehkan
Ø seluar sukan dgn baju labuh
Ø kain tudung biasa (non floral & floral)
tidak digalakkan
Ø seluar sukan dgn baju-T (kosong / non floral)
tidak dibenarkan
Ø pakaian ketat/sendat (seluar & baju)
Ø sebarang pakaian & aksesori fancy
Ø seluar jean
Ø baju-T dengan sebarang lakaran grafik
Ø aksesori / mekap berlebihan
Sunday, May 15, 2011
JADUAL.BELAJAR
sedikit pindaan jadual mengaji telah dimaklumkan kepada ibu/bapa pelajar. dan telah dilaksanakan mulai mei 2011. hari dan masa adalah seperti berikut
o hari
o ahad hingga khamis
o masa
o sesi petang - 5.30 – 6.30
o sesi malam - 7.30 – 9.30
Subscribe to:
Posts (Atom)